|
| Borang Online > Pembiayaan Peribadi Bai Ai Inah CR |
|
| |
|
NOTA : Sila Isikan Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi Konsep Bai Inah (CR) dan Borang Akad dan cetak. Anda boleh juga mencetak borang-borang ini dahulu dan kemudian mengisinya. Borang Yang Lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada KT.
|
Syarat-Syarat Pembiayaan Peribadi Konsep Bai Inah CR |
- SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Telah genap enam ( 6 ) bulan menjadi anggota Koperasi Tentera dan telah menjelaskan sepenuhnya yuran bulanan untuk tempoh tersebut dan membayar fee masuk sebanyak RM10.00 dan syer berjumlah RM100.00.
- Telah genap dua belas ( 12 ) bulan menjadi anggota Koperasi bagi mereka yang menyertai semula sebagai anggota dan telah menjelaskan yuran bulanan untuk tempoh tersebut serta menjelaskan fee masuk sebanyak RM20.00 dan syer berjumlah RM100.00.
- HAD PEMBIAYAAN
Tertakluk kepada sembilan puluh peratus ( 90% ) jumlah yuran yang terkumpul. Walaubagaimanapun jumlah pembiayaan tertakluk kepada kedudukan gaji semasa dan tarikh tamat perkhidmatan serta syarat-syarat yang ditetapkan dari masa kesemasa.
- JAMINAN PEMBIAYAAN
Wang yuran yang terkumpul akan dijadikan gadaian ( Al Rahnu )
- KADAR KEUNTUNGAN
Kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Koperasi keatas Jualan Harga Tangguh adalah sebanyak 6% setahun dan akan disebut semasa akad jual beli.
- SKIM PERLINDUNGAN PEMBIAYAAN ( SPP )
Pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran SPP sebanyak lima sen (0.05) sebulan bagi setiap RM400.00 dan akan dimasukira bersama bayaran balik pembiayaan.
- BAYARAN PERKHIDMATAN
Setiap pembiayaan yang diluluskan akan dikenakan bayaran perkhidmatan seperti berikut :
- Tanpa mengira jumlah pembiayaan - RM10.00
- Pembiayaan sambungan - RM50.00.
- TEMPOH BAYARAN BALIK ( TBB )
Tempoh pembiayaan adalah tertakluk kepada tempoh perkhidmatan pemohon atau satu tempoh yang ditetapkan oleh Koperasi. Tempoh minima 6 bulan dan maksima 72 bulan. ( 6 Tahun
- KUASA KEBENARAN ATAS PEMBIAYAAN
Pembiayaan yang disediakan oleh Koperasi bukanlah suatu hak tetapi hanyalah suatu kemudahan yang tertakluk kepada Aturan-Aturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga dari masa kemasa.
- YURAN BULANAN ( SETELAH PEMBIAYAAN DILULUSKAN )
- Pembiayaan RM8,000.00 kebawah - yuran RM20.00 sebulan
- Pembiayaan RM8,001.00 hingga RM15.000.00 - yuran RM30.00 sebulan.
- Pembiayaan RM15,001.00 keatas - yuran RM40.00 sebulan.
- ANGGOTA LUAR KEMENTAH
Kelayakan pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan Anggota Luar Kementah.
Nota
- Semua syarat-syarat diatas adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari masa
kemasa.
- Tidak dibenarkan menggunakan pemadam cecair di atas borang permohonan
|
|
|

|