: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
04 Disember 2009


Borang Online > Pembiayaan Peribadi Bai Inah KT/BA
 

NOTA : Sila Cetak Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi Konsep Bai Inah (KT), Borang Pengakuan Penjamin dan Borang Akad dan kemudian mengisinya. Borang Yang Lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada KT.

Syarat-syarat Skim Pembiayaan Peribadi Bai Inah KT/BA
Peraturan Tambahan Bagi Anggota Koperasi Yang Berkhidmat Di Luar Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH)
Jadual Bayaran Permohonan Pembiayaan Peribadi Konsep Bai Inah (KT/BA)
Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi Konsep Bai Inah (KT/BA)
Borang Pengakuan Penjamin
Borang Akad

Syarat-syarat Skim Pembiayaan Peribadi Bai Inah KT/BA
  1. Dokumen-Dokumen

    Semua permohonan anggota KT yang berkhidmat dengan KEMENTAH perlu menyertakan bersama dokumen-dokumen berikut :

    1. 1 salinan BAT C 10/MyKad pemohon dan penjamin.
    2. Penyata gaji asal bulan terakhir pemohon dan salinan penyata gaji asal penjamin yang telah disahkan oleh Pegawai.
    3. Jika TTP tidak kemaskini, salinan surat kuasa dari Jabatanarah/ CSM/ / KPJ & K/PERBAH II sebagai bukti penyambungan perkhidmatan ke 15 dan 18 atau lebih.

  2. Syarat-syarat pembiayaan

    PERKARA
    KELAYAKAN GAJI, JAMINAN DAN TEMPOH BAYARAN
    Syarat Asas
    Telah sah diterima menjadi anggota Koperasi dengan menjelaskan fee masuk RM10.00, syer RM100.00 dan yuran RM20.00
    Had Pembiayaan
    Maksima RM100,000.00 atau 20 x Gaji pokok + elaun tetap atau (mana yang lebih rendah).
    Penjamin
    1. Pembiayaan sehingga RM15,000.00 - Seorang
    2. Pembiayaan dari RM15,001.00 Keatas - 2 Orang
    3. Pembiayaan sehingga RM100,00.00 - tanpa penjamin tetapi digantikan dengan wang jaminan 1%
    Tempoh Bayaran
    Minima - 6 bulan
    Maksima - 120 bulan (Perkhidmatan pemohon/penjamin)
    Kadar Keuntungan
    1. 6% setahun untuk pembiayaan RM15,000.00 kebawah
    2. 6.5% setahun untuk pembiayaan RM15,001.00 keatas
    3. Rebat kesetiaan sebanyak 0.5% dari keuntungan terkumpul pada yang layak
    Bayaran Perkhidmatan
    1. Pembiayaan baru - RM10.00
    2. Pembiayaan sambungan (RO) - RM50.00
    Skim Perlindungan Pembiayaan (SPP)
    Bagi menjelaskan baki pembiayaan anggota yang meninggal dunia (0.15% setahun)

  3. Had Minima Gaji Bersih

    Had minima gaji bersih setelah bayaran pembiayaan ini hendaklah tidak kurang daripada:

    1. Anggota Tentera (Tetap) - 30% dari gaji + elaun tetap.
    2. Anggota Kerahan/Kakitangan Awam - 40% dari gaji + elaun tetap.

  4. Pembiayaan Tertunggak

    1. Pembiayaan baru dipertimbangkan untuk menyelesaikan pembiayaan tertunggak / belum dijelaskan.
    2. Sekiranya anggota gagal menyelesaikan keseluruhan ansuran yang kena dibayar dalam tempoh pembiayaan, amaun pampasan maksima yang boleh dikenakan kepada anggota terhadap ansuran tertunggak yang kena dibayar tidak akan melebihi seratus peratus (100%) jumlah pembiayaan yang belum dibayar.


  5. Pembiayaan sambungan (RO)

    Anggota boleh membuat pembiayaan sambungan tertakluk kepada had kelayakan dan potongan gaji.

  6. Penjelasan Awal

    Diatas budibicara, KT boleh memberikan rebat kepada anggota yang menjelaskan pembiayaan lebih awal.

Peraturan Tambahan Bagi Anggota Koperasi Yang Berkhidmat Di Luar Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH)

  1. Tafsiran

    Anggota luar KEMENTAH adalah seorang anggota Koperasi yang telah menamatkan perkhidmatan dari Angkatan Tentera (Bekas Tentera) atau Anggota Awam yang masih menjadi/meneruskan keanggotaan Koperasi walaupun tidak lagi berkhidmat dibawah naungan KEMENTAH.

  1. Kategori

    Anggota luar KEMENTAH terbahagi kepada empat kategori seperti berikut:

    1. KATEGORI A - Anggota yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan atau bekerja sendiri.
    2. KATEGORI B - Anggota yang masih bekerja dengan Jabatan Kerajaan atau Jabatan Kerajaan yang diperbadankan.
    3. KATEGORI C - Anggota yang bekerja dengan mana-mana syarikat swasta.
    4. KATEGORI D - Anggota yang menjalankan perniagaan sendiri.

  1. Kemudahan Pembiayaan

    Anggota luar KEMENTAH layak semua jenis pembiayaan kecuali anggota KATEGORI A hanya layak Pembiayaan 90% daripada Yuran/Kredit sahaja dan KATEGORI D layak mendapat pembiayaan sehingga RM10,000.00 sahaja.

  1. Dokumen-Dokumen

    Diantara dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

    1. KATEGORI A dan D
      1. 1 salinan MyKad dan Kad Pesara.
      2. 1 salinan buku akaun/penyata bank.
    2. KATEGORI B
      1. 1 salinan MyKad pemohon dan penjamin.
      2. Penyata gaji asal terakhir pemohon dan penjamin.
      3. 1 salinan borang ANGKASA iaitu Borang Penentuan Had Kelayakan. (AKKM: 1/3/8(5) Aturan Tambahan)
      4. Surat Pengesahan gaji, taraf berpencen dan jawatan pemohon.
      5. 1 salinan buku akaun jika bayaran melalui akaun.
    3. KATEGORI C
      1. 1 salinan MyKad pemohon dan penjamin.
      2. Penyata gaji asal 2 bulan terakhir pemohon dan penyata gaji asal bulan terakhir penjamin.
      3. Surat pengesahan jawatan dan gaji pemohon.
      4. Surat persetujuan majikan untuk memotong gaji anggota dan bayar kepada KT, atau;
      5. Borang potongan Arahan Tetap Bank dan setem hasil.

  1. Penjamin

    1. Semua anggota Luar KEMENTAH dikehendaki mengadakan 2 orang Penjamin yang masih berkhidmat di bawah KEMENTAH Malaysia kecuali bagi anggota-anggota yang bertugas dengan PERHEBAT, Bousted Naval Dockyard dan Maritim Malaysia (APMM) boleh dijamin oleh mana-mana anggota KT.
    2. Penjamin tidak dibenarkan menarik diri setelah permohonan pembiayaan diluluskan sehingga selesai bayaran dibuat.

  1. Had Potongan Gaji

    1. Berpendapatan kurang dari RM1,501.00 - tidak melebihi 50% dari gaji pokok dan elaun
    2. Berpendapatan lebih dari RM1,501.00 - tidak melebihi 70 % dari gaji pokok dan elaun.
    3. Potongan gaji melalui Biro Angkasa had maksima adalah 60% termasuk pembiayaan ini.

  1. Cara Bayaran Pembiayaan

    Setiap permohonan yang diluluskan bayaran pembiayaan adalah seperti berikut:

    1. KATERORI A dan D - Akan ditentukan oleh Koperasi
    2. KATERORI B - Majikan atau Biro Angkasa
    3. KATERORI C - Arahan tetap Bank atau cek peribadi atau Majikan





 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.