: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
30 JUN 2016


Perkhidmatan > Ar-Rahnu KT > Pengenalan
 
Ar-Rahnu KT

Koperasi Tentera telah mula menyediakan perkhidmatan Pajak Gadai yang dikenali sebagai ArRahnu KT pada tahun 2012. Perkhidmatan ini berkonsepkan Syariah yang terbuka kepada ahli koperasi tentera dan seluruh lapisan masyarakat. Ar Rahnu KT menawarkan pinjaman sehingga 70% melalui proses gadaian emas. Perkhidmatan ini diperkenalkan dengan tujuan untuk menyediakan alternatif bagi memenuhi keperluan pinjaman tunai secara segera dan mengelakkan unsur 'riba' dalam urusan pajak gadai. Kami menyediakan perkhidmatan yang adil dan telus kepada semua golongan masyarakat tidak kira agama dan bangsa.

Konsep yang diaplikasikan dalam sistem gadaian Islam Ar-Rahnu KT adalah seperti yang berikut:

  1. Qard (Pinjaman)
    Pinjaman yang diberikan kepada penggadai berdasarkan nilai Marhun atau sebarang jumlah yang dipersetujui oleh pemegang gadaian.
  2. Al Wadiah Yad Dhomanah (Simpanan Dengan Jaminan)
    Pemegang gadaian menyimpan barang gadaian dan menjamin keselamatan barang tersebut.
  3. Ujrah
    Pemegang gadaian mengenakan upah simpan ke atas penggadai berdasarkan nilai sebenar marhun.

Ar-Rahnu KT menawarkan pinjaman sehingga 70% daripada nilai emas serta caj serendah RM 0.55.

Produk Yang Ditawarkan:

  1. Ar-Rahnu Prihatin golongan sasaran bagi skim ini adalah kepada mereka yang memerlukan jumlah tunai yang sederhana dengan segera serta kadar upah yang rendah.
  2. Ar-Rahnu Prima golongan sasaran bagi skim ini adalah mereka yang memerlukan tunai segara yang lebih tinggi dengan mengenakan kadar upah yang lebih berpatutan dan kompetitif di pasaran.

Maklumat:

  1. MARGIN PINJAMAN (MARHUN)?
    65% - 70%
  2. UPAH SIMPAN?
    0.55 SEN - 0.79 SEN
  3. HAD PINJAMAN HARIAN?
    RM 25,000
  4. HAD PINJAMAN KESELURUHAN?
    RM 100,000
  5. LANJUT TEMPOH?
    SATU KALI
  6. CARA BAYARAN BALIK?
    SEKALIGUS / ANSURAN

Tertakluk kepada syarat dan peraturan. Maklumat adalah tepat pada masa dan percetakan.Tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis

Cawangan Ar-Rahnu KT:

  1. Ar-Rahnu KT Cawangan Sg Besi
    No 57 Jalan Tasik Utama 4
    The Trillium Lake Fields, Sungai Besi
    57000 Kuala Lumpur
    Tel : 03-90545900

  2. Ar-Rahnu KT Cawangan Melaka
    No. 14, Lorong 2
    Jalan Desa Taming Sari
    Taman Desa Taming Sari
    76300 Sungai Udang
    Melaka
    Tel : 06-3574870

  3. Ar-Rahnu KT Cawangan Kluang
    No 45, Jalan Rambutan
    86000 Kluang
    Johor Darul Takzim
    Tel : 07-7711861

  4. Ar-Rahnu KT Cawangan Wangsa Maju
    No 86 Jalan Wangsa Maju Delima 6
    53300 Kuala Lumpur
    Tel : 03-4142 1943







 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.