|
| Perkhidmatan > Insurans > Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia |
|
| |
|
Ciri-ciri Asas Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia
- Tempoh Perlindungan - skim ini memberi perlindungan kematian disebabkan kemalangan, penyakit atau sebab-sebab lain dan kecacatan kekal akibat kemalangan sepanjang waktu, 24 jam terus menerus samada semasa bertugas atau diluar waktu bertugas di mana-mana sahaja termasuk di luar negeri kecuali di negara yang dilarang oleh Kerajaan Malaysia
- Kadar Permium - RM4.00 sebulan untuk 1 unit perlindungan bernilai RM15,000.00
- Jenis-jenis pampasan :
- Pampasan Asas - pembayaran untuk kematian atau kecacatan kekal,
- Pampasan Tambahan - pembayaran bonos sampingan, perbelanjaan penghantaran pulang, perbelanjaan pengkebumian.
Keahlian Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia
| Kumpulan |
Cara Bayaran Premium |
| Anggota Tetap ATM (Rekrut, Pegawai Kadet, Anggota Kerahan) |
Melalui potongan gaji bulanan |
| PSTD, Sukarela, ROTU, PALAPES |
Bayaran sekaligus untuk setahun atau setiap 6 bulan |
| Bekas Tentera serta pasangan mereka dan Kakitangan Awam di bawah Kementerian Pertahanan |
Untuk Bekas Tentera dan pasangan, bayaran sekaligus untuk setahun atau setiap 6 bulan. Untuk kakitangan awam, bayaran 3 bulan premium pendahuluan, diikuti dengan potongan melalui Biro Angkasa |
Syarat-syarat Kelayakan Menjadi Ahli Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia
- Isikan Borang Cadangan Skim Takaful Berkelompok
- Umur tidak melebihi 56 tahun
- Mempunyai Darjah Kecergasan Tubuh (DKT) berstatus "FE" (Fit Everywhere)
- Selagi anggota tidak pernah membuat tuntutan, anggota adalah dibenarkan untuk menambah unit caruman
- Setelah membuat tuntutan 100% dari skim ini, anggota tidak lagi layak untuk meneruskan keahlian
- Sekiranya pernah membuat tuntutan kecil (5%-10%) akibat kemalangan, penambahan unit caruman adalah bergantung kepada status kesihatan dan kelulusan pihak penanggung
Bilangan Unit Insurans Yang Dibenarkan
| Pangkat |
Unit Maksima |
| Pegawai Kadet, Rekrut, PBT sehingga Pegawai Waran 1 yang masih bertugas, telah berhenti, bersara serta pasangan |
7 unit |
| Pegawai dan Kakitangan Awam setaraf yang masih bertugas, telah berhenti, bersara serta pasangan |
10 unit
|
Nilai Pampasan
- Kematian Biasa/Penyakit (Seunit)- RM 15,000
- Kematian Kemalangan(Seunit)- RM 16,000
- Kecacatan Kekal - tuntutan terkumpul tidak melebihi RM 15,000 setahun
- Kecacatan Kekal untuk sesuatu anggota tertentu akan ditafsir mengikut kadar terperinci masing-masing
Bonus
Belanja Penghantaran Pulang
- Kematian Biasa - RM 2,500
- Kematian Kemalangan - RM 3,000
Khairat Kematian/Pengkebumian
- Kematian Biasa - RM 3,000
- Kematian Kemalangan - RM 4,000
Faedah kematian kemalangan bagi anak yang masih bersekolah berumur di bawah 18 tahun
Tuntutan
- Borang-borang tuntutan dan dokumen-dokumen yang lengkap hendaklah dimajukan kepada Pihak Koperasi Tentera dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kemalangan berlaku. Tuntutan yang diterima selepas tempoh satu (1) tahun dari tarikh berlakunya kemalangan tidak akan diterima dan dipertimbangkan oleh pihak penanggung.
- Kecacatan Kekal mestilah berdasarkan Laporan Perubatan
Ringkasan
Kadar Pampasan Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia Mulai 01hb September 2006
| PERKARA |
RM |
| Premium seunit |
4.00 |
| Kematian Biasa / Penyakit |
15,000.00 |
| Kematian Kemalangan |
16,000.00 |
| Bonos Kemalangan |
2,000.00 |
| Cacat Kekal disebabkan Kemalangan |
15,000.00 |
| Cacat Kekal Menyeluruh Kemalangan |
30,000.00 |
| Khairat Kematian - Kematian Biasa |
3,000.00 |
| Khairat Kematian - Kematian Kemalangan |
4,000.00 |
| Penghantaran Pulang - Kematian Biasa |
2,500.00 |
| Penghantaran Pulang - Kematian Kemalangan |
3,000.00 |
| Faedah kematian kemalangan bagi anak yang masih bersekolah berumur di bawah 18 tahun |
1,000.00 |
| Umur Kemasukan / Menyertai |
56 Tahun |
| Had Umur Matang |
61 Tahun |
|
|
|

|