Menjaga kebajikan anggota-anggota adalah antara agenda penting perjuangan KT. Bermula dengan Skim Insurans Berkumpul, yang mendapat sambutan dari hampir kesemua anggota, KT juga dari masa ke semasa telah memperkenalkan beberapa produk baru khusus untuk pilihan anggota.
Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia
Diperkenalkan bagi membantu anggota dan waris meringankan bebanan mereka apabila kematian atau kecacatan kekal menimpa anggota. Kemalangan memang tidak dapat diduga. Ia boleh berlaku semasa dalam perjalanan, bekerja, bersukan atau ketika seronok berehat bersama keluarga. Skim ini hanya memerlukan bayaran premium bulanan yang sangat rendah khusus untuk ganjaran kewangan apabila sesuatu kematian atau kecacatan kekal menimpa anggota. Disebabkan oleh premium yang rendah ini juga, skim ini tidak menawarkan sebarang nilai tunai sekiranya tiada apa-apa terjadi terhadap anggota. [maklumat lanjut...]
Skim Takaful Perwira
Adalah merupakan pelan simpanan persaraan yang mempunyai nilai tunai pada akhir tempoh caruman, atau ganjaran kewangan untuk sesuatu kemalangan/kematian. Oleh kerana skim ini merupakan suatu skim berbentuk tabungan dan perlindungan, maka premium bulanannya adalah lebih tinggi berbanding dengan Skim Insurans Berkumpul. Apabila tiada apa-apa kemalangan, kematian atau kecacatan berlaku sehingga tempoh matang, anggota boleh mendapat pulangan simpanan berupa nilai tunai tertakluk kepada tempoh caruman. [maklumat lanjut...]
Skim Simpanan & Perlindungan Komprehensif Satria
Juga merupakan suatu skim simpanan persaraan. Skim ini menjamin perlindungan kewangan bagi keluarga anggota sekiranya berlaku suatu kemalangan/kematian. Disamping itu, anggota juga boleh mendapatkan semula jumlah simpanan beserta faedahnya, sekiranya tiada sebarang kematian/kemalangan sehingga akhir tempoh matang. [maklumat lanjut...]
Program "TENTERA MEDIC CARE" (MediScreen)
Pula digubal khusus untuk kemudahan hospital, rawatan perubatan dan pembedahan di hospital bagi membantu anggota menjimatkan kos perubatan yang telah meningkat begitu tinggi di samping memberi pendapatan tambahan melalui Elaun Tunai Harian. Program ini menyediakan perkhidmatan bantuan kecemasan perubatan dan kenderaan selain dari pemeriksaan fizikal tahunan. [maklumat lanjut...]