|
| Perkhidmatan > Pembiayaan > Bai Inah IR
|
|
| |
|
SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN
- Telah sah menjadi ahli 6 bulan serta membayar 6 kali yuran bulanan.
- Jika masuk semula, sudah 12 bulan menjadi ahli serta membayar 12 kali yuran bulanan.
HAD PEMBIAYAAN
- Tertakluk kepada gaji bersih, jumlah pembiayaan yang boleh dipohon ialah:-
- Minima RM200.00
- Maksima RM3,000.00
- Gaji bersih tidak kurang dari 30% bagi Anggota Tentera, 40% untuk Kerahan/ Kakitangan Awam dan 50% untuk Kakitangan Awam (Luar KEMENTAH).
BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN
- Antara 6 bulan sehingga 10 bulan melalui potongan gaji bulanan.
KEUNTUNGAN
- Keuntungan Koperasi adalah sebanyak 6.5% setahun.
KOS PERKHIDMATAN
- Wang jaminan sebanyak 1% daripada jumlah pembiayaan dan SPP sebanyak 5 sen sebulan bagi setiap RM400 akan dikenakan setiap permohonan yang diluluskan. Kos perkhidmatan dan SPP ini akan dimasuk kira dalam jumlah pembiayaan.
TEMPOH PEMPROSESAN
- Setiap pemohon biasanya diluluskan dalam masa 1 hari masa bekerja mulai permohonan diterima. Pembayaran untuk cukai jalan dan polisi takaful "e-cover note" akan dibuat sebaik pembiayaan diluluskan.
DOKUMEN PERMOHONAN
- Borang-borang yang perlu dipenuhi:
- Borang permohonan pembiayaan peribadi Bai Inah (cukai jalan/insuran).
- Borang cadangan takaful motor.
- Borang-borang dan dokumen yang perlu dilampirkan:
- Salinan geran pendaftaran hak milik, (depan dan belakang).
- Salinan asal Polisi/Renewal Notis (perlu disertakan sekiranya insuran terdahulu berbeza dengan syarikat insuran kami).
- Salinan asal penyata gaji terakhir.
- Salinan BAT C 10/Kad Pengenalan (depan belakang).
PEMBIAYAAN
- Pembiayaan hanya untuk takaful 'comprehensive' (1st party sahaja).
|
|
|

|