: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
17 June 2010


Perkhidmatan > Pembiayaan > Pengenalan
 
Pembiayaan Berlandaskan Syariah

Semua pembiayaan yang dikeluarkan oleh Koperasi adalah berdasarkan konsep pembiayaan syariah yang diperkenalkan sejak Januari 2003

Pembiayaan berlandaskan syariah yang disediakan adalah berdasarkan kepada 2 konsep utama iaitu Bai Inah (tunai) dan Bai Bithaman Ajil (barangan).

Konsep Bai Inah

Dari segi syarak, makna Al Inah ialah tunai segera. Oleh itu, Bai Inah bermaksud jual beli untuk mendapatkan tunai dengan segera.

Di bawah konsep ini, Koperasi menjual harta kepunyaannya (Syer Yang Telah Ditebus) kepada anggota secara harga tangguh. Kemudian, Koperasi akan membeli balik harta berkenaan dari anggota dengan harga tunai. Dengan cara jual beli Bai Inah ini, anggota akan memperolehi wang tunai dan membayar pembiayaan kepada Koperasi secara ansuran mengikut tempoh yang dipersetujui.

Semasa permohonan bagi mendapatkan pembiayaan ini, anggota adalah dikehendaki melengkapkan Surat Perlantikan Wakil untuk melantik mana-mana kakitangan Koperasi bagi melaksanakan Akad Jual Beli yang berkaitan.

Beberapa jenis pembiayaan Bai Inah yang disediakan adalah seperti berikut :-

  • Bai Inah KT
    Skim ini adalah pembiayaan berpenjamin. [maklumat lanjut...]

  • Bai Inah BA
    Skim ini adalah pembiayaan tanpa penjamin. [maklumat lanjut...]

  • Bai Inah CR
    Skim ini adalah bagi menggantikan Skim Pinjaman Yuran (Kredit). Anggota hanya dibenarkan mempunyai satu dari tiga pembiayaan utama ini (KT, BA, CR) dalam satu-satu masa. [maklumat lanjut...]

  • Bai Inah EM / QM
    Skim ini adalah pembiayaan ekspres konsep syariah. [maklumat lanjut...]

  • Bai Inah IR
    Skim ini adalah untuk membiayai pembaharuan insurans kenderaan dan cukai jalan. [maklumat lanjut...]

  • Bai Inah JW
    Skim ini adalah untuk membiayai pembelian barang kemas. [maklumat lanjut...]

Konsep Bai Bithaman Ajil

Dari segi bahasa, makna Bai Bithaman Ajil bermaksud pembelian sesuatu barangan dengan disegerakan penyerahan barangan dan bayaran dibuat secara ansuran mengikut tempoh yang dipersetujui.

Di bawah konsep ini, Koperasi menjual barangan atau perkhidmatan kepada anggota. Seterusnya, Koperasi akan menyerahkan barangan atau perkhidmatan berkenaan dengan segera atau pada satu masa yang telah dipersetujui dan anggota adalah dibenarkan membuat bayaran secara tangguh atau secara ansuran sehingga satu tempoh yang telah dipersetujui. Kemudahan ini adalah untuk memberi peluang kepada anggota yang tidak mampu membayar secara tunai bagi mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang berkenaan.

Semasa permohonan bagi mendapatkan pembiayaan ini, anggota adalah dikehendaki melengkapkan Surat Perlantikan Wakil untuk melantik mana-mana kakitangan Koperasi bagi melaksanakan Akad Jual Beli yang berkaitan.

Beberapa jenis pembiayaan Bai Bithaman Ajil yang disediakan adalah seperti berikut.

  • Bai Bithaman Ajil PP
    Skim ini adalah pembiayaan berpenjamin bagi membiayai pembelian barangan seperti perkakasan elektrik, perabut dan keperluan rumah, daripada KT Niaga Sdn Bhd. [maklumat lanjut...]

  • Bai Bithaman Ajil XP
    Skim ini adalah untuk membiayai pembelian barangan pengguna tanpa perlukan penjamin, iaitu sehingga RM5,000. [maklumat lanjut...]

  • Bai Bithaman Ajil WP
    Skim ini adalah untuk membiayai pembelian barangan dari WM Marketing, anak syarikat Koperasi Tentera. Contoh barang yang dijual adalah motorsikal, komputer, barangan kesihatan, cermin mata dan lain -lain barangan keperluan anggota. [maklumat lanjut...]




 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.