Kebajikan anggota dan ahli keluarga mereka memang tidak pernah dilupakan. Pada setiap tahun KT telah memperuntukan sejumlah wang bagi tujuan murni tersebut. Bantuan ini disalurkan melalui Sumbangan Bakti, Derma Am, dan Khairat Kematian.
Sumbangan Bakti
Sumbangan Bakti - Bantuan Persekolahan
Syarat-syarat Permohonan
Tempoh menjadi anggota Koperasi Tentera (KT) tidak kurang daripada 4 tahun secara berterusan sehingga tarikh tutup permohonan (sertakan bersama salinan BAT C 10/Kad Pengenalan anggota).
Keutamaan sumbangan adalah untuk anak-anak kepada anggota yang bergaji pokok RM2,500.00 kebawah (sertakan bersama salinan slip gaji yang terbaru).
Sumbangan juga diberi keutamaan kepada anggota yang mempunyai bilangan anak yang bersekolah melebihi 2 orang (sertakan bersama salinan surat beranak/Kad Pengenalan anak yang bersekolah sahaja dan bagi yang belajar di IPTA hendaklah sertakan salinan/pengesahan dari universiti berkenaan)
Segala keputusan yang dibuat oleh Anggota Lembaga Koperasi Tentera adalah muktamad.
Sumbangan Bakti - Bantuan Perubatan
Syarat-syarat Permohonan
Tempoh menjadi anggota Koperasi Tentera (KT) tidak kurang daripada 3 tahun secara berterusan sehingga tarikh tutup permohonan (sertakan bersama salinan BAT C 10/Kad Pengenalan anggota).
Sertakan bersama salinan lapuran perubatan yang terbaru dari mana-mana Hospital/Klinik yang mengesahkan anggota atau keluarga menghidapi sebarang penyakit.
Segala keputusan yang dibuat oleh Anggota Lembaga Koperasi Tentera adalah muktamad.
Derma Am
untuk aktiviti-aktiviti sosial yang dianjurkan oleh unit/kem
Khairat Kematian
RM2,000 untuk belanja pengkebumian anggota yang meninggal dunia
Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.