: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
09 MEI 2013


Produk > Pakej Pembelian Motorsikal
 



Syarat Pembiayaan

  • Tuntutan hakmilik motosikal oleh Koperasi Tentera dalam tempoh pembiayaan
  • Kad Pendaftaran kenderaan disimpan oleh Koperasi dan akan diserahkan kepada pemilik setelah pembiayaan dijelaskan sepenuhnya
  • Insuran motosikal mesti dibeli melalui Koperasi Tentera
  • Pembaharuan Cukai Jalan untuk tahun-tahun berikutnya dalam tempoh pembiayaan diuruskan oleh Koperasi. (Insuran dan Cukai Jalan boleh dibayar secara tunai atau melalui pembiayaan Insuran & Cukai Jalan Koperasi Tentera)

Kelayakan Pembiayaan


Rujuk kepada Al Bai Bithaman Ajil PP

Permohonan

Menggunakan Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi Konsep - Bai Bithaman Ajil (BBA) Koperasi Tentera dan dikemukakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

  • Tiga salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Satu salinan Kad Pengenalan penjamin
  • Tiga salinan Lesen Memandu pemohon
  • Penyata Gaji terkini pemohon dan penjamin
  • Surat permohonan membeli motosikal
  • Dua Borang JPJ - K1 (Pendaftaran Kenderaan)
  • Pemberitahuan Tuntutan Hakmilik Kenderaan
  • Lampiran A - Surat Pelepasan Tanggungan
  • Motor Insurance Proposal Form
  • Tiga salinan Borang Pembiayaan Insuran dan Cukai Jalan

Perlaksanaan

  • Anda hanya perlu memajukan borang permohonan dengan lengkap seperti yang disyaratkan
  • Tempahan motosikal kepada pihak EMOS, Gurun, Kedah dibuat oleh koperasi setelah permohonan diluluskan
  • EMOS akan menetapkan Agen yang berdekatan dengan lokasi anda supaya menyediakan motosikal khusus untuk anda mengikut tempahan
  • Pendaftaran motosikal dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diuruskan sepenuhnya oleh Agen setelah menerima dokumen yang berkaitan daripada koperasi atau anda boleh juga melakukannya sendiri jika mahu
  • Setelah urusan selesai, anda hanya perlu mengambil motosikal tersebut dipremis Agen yang ditetapkan tanpa apa-apa bayaran kecuali jika anda memasang lain-lain aksesori yang tidak termasuk dalam pakej pembiayaan
  • Pihak Agen akan menyerahkan Kad Pendaftaran yang asal kepada koperasi untuk simpanan dan anda boleh memohon salinan fotostat sebagai simpanan dan rujukan
  • Keseluruhan proses dijangka mengambil masa diantara 1 bulan dan mungkin lebih singkat atau lebih lama sedikit tertakluk kepada keadaan-keadaan tertentu seperti kekurangan motosikal, warna pilihan dll. (Jangkamasa yang dinyatakan adalah untuk motosikal-motosikal KRISS sahaja dan jika motosikal JAGUH akan mengambil masa lebih panjang)





 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.