: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
04 Disember 2009


Profil KT > Latar Belakang
 

Koperasi Tentera ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai sebuah koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam (thrift and loan) dengan objektif utama untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota ATM. Pada tahun 1975, Koperasi telah bertukar menjadi sebuah koperasi serbaguna (multipurpose) hingga ke hari ini.

Keanggotaan Koperasi Tentera terbuka kepada seluruh anggota ATM dan semua kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan. Jumlah keanggotaan berakhir Disember 2008 ialah seramai 145,195 orang dengan kumpulan wang anggota termasuk yuran terkumpul dan modal syer sebanyak RM 719 juta.

Aktiviti utama Koperasi adalah produk kewangan seperti skim pembiayaan syariah dan skim takaful berkelompok. Koperasi juga terlibat dengan aktiviti pelaburan yang terpilih.

Struktur organisasi Koperasi dibahagi kepada tiga tahap iaitu; Jawatan Kehormat, Anggota Lembaga dan Pengurusan.

  1. Jawatan Kehormat:
    Penaung - Menteri Pertahanan Malaysia
    Yang DiPertua - Panglima Angkatan Tentera
    Naib Yang DiPertua - Ketua-Ketua Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara.
  2. Anggota Lembaga Koperasi (ALK) - Dipilih melalui Mesyuarat Agung dan terdapat seramai 15 orang
  3. Pengurusan - Seramai 230 orang kakitangan sepenuh masa yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

Koperasi mempunyai aset terkumpul sebanyak RM1.703 billion dengan mencatat keuntungan operasi sebanyak RM 128.9 juta. Maka, Koperasi berupaya membayar dividen secara konsisten sebanyak 12% atau lebih selama 13 tahun berturut, iaitu, sejak dari tahun 1996. Pada tahun 2007, Koperasi membayar dividen sebanyak 13% dengan bayaran berjumlah RM63 juta. Tahun ini, Koperasi juga bercadang untuk membayar dividen 13% untuk tahun 2008 yang akan melibatkan bayaran RM70 juta.

Dari hasil usaha yang berterusan, Koperasi telah diberi pengiktirafan dan anugerah diatas kejayaannya di pelbagai bidang. Pada tahun 1993, Koperasi berjaya meraih Anugerah Kualiti Perdana Menteri, manakala pada tahun 2004, Koperasi diiktiraf sebagai Koperasi 5 Bintang hasil dari penilaian Due Diligence Audit oleh Jabatan Pembangunan Koperasi bersama Bank Negara Malaysia. Malahan, pada tahun 2005, Koperasi berjaya merangkul Anugerah Koperasi Negara, pengiktirafan kemuncak dalam pergerakan koperasi negara.





 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.