Soalan 1
Kenapa maklumat serta kemudahan yang membenarkan keanggotaan KT diteruskan walaupun sudah tamat perkhidmatan tidak disebarkan?
Jawapan 1
Kebenaran ini telah termaktub dalam Undang-Undang Kecil KT. Sila rujuk.
KT juga sentiasa mengedarkan buletin dan risalah terkini menerusi Markas Pasukan dari masa ke semasa.
Soalan 2
Kenapa maklumat tentang Skim Dermasiswa untuk anak-anak anggota tidak disebarkan secara menyeluruh malah ada kalanya maklumat ini hanya sampai kepada anggota selepas tarikh permohonan ditutup?
Jawapan 2
KT sentiasa menyebarkan maklumat ini menerusi Markas Pasukan di semua Yunit.
KT juga ada mengiklankan perkara ini dalam surat khabar. Biasanya notis ini diedarkan mulai akhir tahun (Disember) sehingga tarikh tutup pada bulan Mac setiap tahun.
Soalan 3
Anggota-anggota yang telah memohon untuk menamatkan keanggotaan dan diluluskan kini terpaksa menunggu sehingga 6 bulan bagi menerima bayaran baki wang. Adakah tempoh ini dapat dipercepatkan?
Jawapan 3
Syarat bayaran baki wang ini ada disebut dalam Undang-Undang Kecil KT. Namun demikian, Anggota Lembaga boleh mempertimbangkan rayuan untuk bayaran segera jika anggota terbabit menulis surat dengan menyatakan alasan serta bukti kukuh.
Tempoh bayaran baki wang juga bergantung kepada penamatan potongan gaji anggota dengan UGAT atau Biro Angkasa.
Soalan 4
Apakah cara terbaik untuk pesara-pesara membuat bayaran Yuran kepada KT?
Jawapan 4
1. Wang Pos
2. Bayaran pendahuluan untuk tempoh 6 atau 12
bulan
3. Arahan Bank bagi pesara-pesara yang berpencen
4. Datang Sendiri ke mana-mana cawangan KT yang
berhampiran