|
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 45
01hb Jun 2010 - DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 45 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 27 Jun 2010, jam 7.00 pagi di Dewan Besar PERHEBAT, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor.
AGENDA
- Mendaftar dan memilih anggota Lembaga baru mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil.
- Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 44 yang telah diadakan pada
28 Jun 2009.
- Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan Beraudit bersama Pembahagian Keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 serta dengan Laporan Lembaga Koperasi, Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman, Laporan Juruaudit Luar dan Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia berserta dividen tunai 13% atas yuran dan syer sepertimana dicadangkan oleh Lembaga dalam laporan mereka.
- Menimbang dan meluluskan saraan bagi tahun 2011 kepada anggota-anggota Lembaga Pengarah syarikat-syarikat subsidiari yang juga anggota-anggota Lembaga Koperasi menurut Seksyen 46 (2) Akta Koperasi 1993.
- Meluluskan Bajet bagi tahun 2011 termasuk perbelanjaan anggota-anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
- Mengumumkan keputusan pemilihan anggota-anggota Lembaga baru.
- Menimbang dan meluluskan tambahan dan pindaan kepada Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi.
- Melantik Juruaudit Luar.
- Menetapkan had maksima keterhutangan Koperasi sebanyak RM1.5 bilion bagi tahun 2011 dengan kadar keuntungan bank tidak melebihi kadar pasaran semasa.
- Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan baru Koperasi bagi tahun 2011.
- Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang anggota Lembaga Koperasi untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
- Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa urusan lain Koperasi ini yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan.
[Maklumat lanjut...]
Arkib Berita
|