|
|
|
| |
CERAMAH DI 11 RAMD, KEM SEMENGGO
23hb Disember 2006 - KT telah dijemput untuk memberi ceramah di Batalion ke 11 RAMD. Ceramah bermula jam 9.30 pagi bertempat di dewan makan LLP. Pegawai Memerintah iaitu Lt Kol Abdullah bin Salleh serta lebih kurang 250 anggota dan pegawai turut hadir dalam sesi ini. [Maklumat lanjut...].
|
CERAMAH DI 13 RAMD, KEM PAKIT, SRI AMAN
22hb Disember 2006 - KT telah dijemput untuk memberi ceramah yang telah diadakan di Batalion ke 13 RAMD, Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak. Dalam sesi ini penceramah yang terlibat adalah Pengurus Insurans iaitu Kapt (B) Mohd Zamani bin Abdullah dibantu oleh Penolong Pengurus dari Pejabat Cawangan Kuching iaitu Kapt (B) Nojem ak Songgom serta diiringi oleh Pegawai Staf 2 Tadbir dan Logistik iaitu Mej Hairani bin Zol dari Markas 3 Bgd. [Maklumat lanjut...].
|
CERAMAH DI MARKAS 3 BRIGED, KUCHING, SARAWAK
21hb Disember 2006 - KT telah dijemput untuk memberi ceramah di Markas 3 Briged, Kuching, Sarawak. Sesi ceramah telah diadakan di Dewan Bukavu, Kem Penrissen, Kuching, Sarawak. Kebanyakkan anggota yang hadir adalah terdiri daripada anggota dari pasukan-pasukan dibawah naungan Markas 3 Bgd. Jumlah kehadiran dianggarkan seramai 250 orang. Diantara pegawai kanan yang turut serta dalam sesi ceramah ini adalah Ketua Staf iaitu Lt Kol Abd Malik bin Jiran. [Maklumat lanjut...].
|
MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ATM OLEH KOPERASI TENTERA KEPADA PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS (PULPAK)
18hb Oktober 2006 - Koperasi Tentera telah dijemput untuk sama-sama hadir dalam satu majlis penyampaian cek bayaran pampasan Insurans Takaful Berkelompok ATM yang telah diadakan di Pusat Latihan Perperangan Khusus (PULPAK). Majlis ini diadakan khusus bagi menyampaikan cek-cek bayaran pampasan Insurans Takaful Berkelompok ATM kepada 2 orang anggota yang terkorban akibat pelanggaran payung terjun di kawasan latihan penerjunan di kampung Padang, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka pada 8 September 2006 yang lalu. Dua orang anggota yang terkorban adalah Allahyarham PW II Abdul Razak bin Awang dan Lkpl Roslan bin Ibrahim. [Maklumat lanjut...].
|
KOPERASI TENTERA MENERIMA PENGURUS BESAR YANG BARU
01hb Oktober 2006 - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad hari ini mengumumkan perlantikan Brig Jen (B) Dato' Ahmad Zahudi bin Hj Salleh, sebagai Pengurus Besar Koperasi Tentera berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Dato' Ahmad Zahudi mengambil alih daripada Tuan Hj Sharriffudin bin Ahmad Taff yang telah melengkapkan tempoh 21 tahun beliau sebagai Pengurus Besar KT pada 30 September 2006 yang lalu. [Maklumat lanjut...].
|
PEMBAHARUAN SKIM INSURANS BERKUMPUL ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
01hb September 2006 - Sebagaimana setiap anggota Koperasi atau ahli-ahli skim Insurans Berkumpul Angkatan Tentera Malaysia sedia maklum, penanggung kepada skim ini sejak 18 tahun yang lalu adalah Syarikat AmAssurance Berhad. Bagaimanapun mulai 01 September 2006, penanggung bagi skim ini telah diambil alih oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Selaras dengan pengambilalihan oleh syarikat Takaful maka nama bagi skim ini telah ditukarkan kepada SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA atau nama ringkasnya adalah SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ATM. [Maklumat lanjut...].
|
KAUNTER PEMBIAYAAN KT - BERWAJAH BARU
10hb Julai 2006 - KT telah membuka ruang kaunter baru ditingkat bawah. Kaunter ini direka khusus bagi membolehkan semua anggota yang ingin membuat sebarang urusan pembiayaan dengan KT dapat menikmati keadaan yang lebih selesa. [Maklumat lanjut...].
|
MESYUARAT AGUNG KOPERASI TENTERA KE 41
25hb Jun 2006 - Lebih 125,000 anggota Koperasi Tentera (KT) akan menerima dividen sebanyak 10% dan bonus dividen sebanyak 2% menjadikan pulangan kepada anggota sebanyak 12%. Pembayaran dividen ini akan melibatkan bayaran sebanyak RM 37.5 juta berbanding denganRM 31.8 juta pada tahun 2004. [Maklumat lanjut...].
|
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 41
30hb Mei 2006 - DENGAN INI ADALAH DIBERITAHU bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 41 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 25 Jun 2006, jam 7.00 pagi di Dewan Besar Perhebat, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor. [Maklumat lanjut...].
|
REBAT KESETIAAN
5hb Januari 2006 - KT memberi 'REBAT KESETIAAN' sebanyak 0.5% atas jumlah keuntungan yang dibayar oleh anggota sebagai satu tanda menghargai kesetiaan anggotanya selama ini. Bayaran rebat ini akan dikreditkan ke akaun yuran tuan-tuan pada Disember 2005. Pemberian ini diberi kepada anggota yang menyelesaikan pembiayaan pada Jan 2005 - Jun 2005 mengikut jadual atau 'Rollover' dengan pembiayaan KT. Pembayaran kedua dari Jul 2005 - Dis 2005 akan dibuat pada Jun 2006.
|
|

|
|