: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
03 APRIL 2014


Arkib Berita
2014| 2013| 2012| 2011 | 2010 | 2009 | 2008 | 2007 | 2006
 
MAJLIS PENYERAHAN CEK TUNTUTAN KEMATIAN SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ATM
28hb Disember 2007 - Pengurus Insurans, Kapt (B) Mohd Zamani bin Abdullah bersama Pegawai Cawangan Melaka telah menyampaikan cek tuntutan kematian Skim Takaful Berkelompok ATM kepada 3 orang anggota Koperasi Tentera yang telah meninggal dunia semasa latihan penerjunan sempena pertunjukan Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2007) pada 02 Disember 2007 di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. [Maklumat lanjut...]

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK PAMPASAN MANGSA KEMALANGAN NURI OLEH PANGLIMA TENTERA UDARA
14hb Ogos 2007 - Satu majlis penyampaian cek bayaran pampasan Skim Insurans Berkelompok ATM bagi pegawai dan anggota yang terkorban akibat nahas pesawat Nuri pada 19 Julai 2007 yang lalu di Genting Sempah, Genting Highlands. Anggota yang terkorban adalah Kapt Norazlan bin Termuzi TUDM, Kapt Nur Intan Asykeen bt Mohd Arof TUDM, F/Sjn Mohamad Azmie bin Md Yassin, F/Sjn Khusnizaim bin Ariffin, Luk Muhammad Ridzuan bin Ahmad, Luk Saipulizam bin Alias. [Maklumat lanjut...]

LANJUTAN TEMPOH BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN BAGI ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT YANG TELAH DISOKONG UNTUK BERKHIDMAT KE 18 TAHUN
12hb JuL 2007 - Bermula daripada 4 Jul 2007, tempoh bayaran balik pembiayaan bagi semua anggota lain-lain pangkat yang telah disokong oleh Jabatanarah untuk menyambung perkhidmatan kepada 18 tahun akan dilanjutkan sehingga tarikh tamat perkhidmatan (TTP) 21 tahun.

Walau bagaimanapun, sekiranya TTP ke 18 tahun belum dikemaskini dalam penyata gaji, surat sokongan dari Jabatanarah diperlukan bagi menyokong permohonan tersebut.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 42
24hb Jun 2007 - Lebih 130,000 anggota Koperasi Tentera (KT) akan menerima dividen sebanyak 12%. Pembayaran dividen ini akan melibatkan bayaran sebanyak RM 50.16 juta berbanding denganRM 37.5 juta pada tahun 2005.

Pengerusi Koperasi Tentera, Brig Jen (B) Dato' Saifuddin bin Hj Abd Ghani juga memaklumkan bahawa KT telah berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM 75.8 juta atau 27.4% lebih tinggi berbanding RM 59.5 juta pada tahun 2005. Beliau juga berkata, aset koperasi turut mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak RM 211.6 juta atau 24% menjadikan RM 1.093 billion berbanding RM 881.40 juta pada tahun sebelumnya. Menurut beliau lagi, KT telah berjaya meningkatkan pendapatan kendalian sebanyak 94.04 juta pada tahun 2006 berbanding RM 79.37 juta pada tahun 2005. [Maklumat lanjut...]
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 42
18hb Jun 2007 - DENGAN INI ADALAH DIBERITAHU bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 42 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 24 Jun 2007, jam 7.00 pagi di Dewan Serbaguna, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor. [Maklumat lanjut...]
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Koperasi Tentera
3hb Mei 2007 - Pada 16 April 2007 yang lalu, Koperasi Tentera (KT) telah melancarkan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk kemudahan anggota membuat semakan baki akaun menerusi telefon bimbit.

Untuk menggunakan kemudahan tersebut, anggota hanya perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka dengan sistem SMS KT. [Maklumat lanjut...]

KT TINGKATKAN PEMBIAYAAN EKSPRES BAGI AHLI
2hb April 2007 - Mulai 1 April 2007, Koperasi Tentera menaikkan had pembiayaan ekspres daripada RM3,000 kepada RM5,000 tanpa penjamin.

Tempoh bayaran minima selama 6 bulan dan tempoh bayaran maksima adalah selama 48 bulan atau 4 tahun. Lain-lain syarat kekal dan tidak berubah.

Langkah untuk menambahkan had pembiayaan ini diharapkan dapat dimanfaati oleh semua anggota dengan cara yang terbaik. . 

MAJLIS PENYAMPAIAN MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ATM KOPERASI TENTERA KEPADA WARIS ALLAHYARHAM KPL NORUL AZLAN BIN ABU SAID


9hb Februari 2007 - Satu majlis penyerahan cek bayaran pampasan Skim Takaful Berkelompok ATM kepada waris-waris Allahyarham Kpl Norul Azlan bin Abu Said telah diadakan pada 8 Februari 2007 yang lalu di Pancaragam Pusat, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Cek-cek tersebut telah disampaikan oleh Mej (B) Bibi Zarjaan bt Akhbar Khan, Naib Pengerusi Koperasi Tentera serta Kapt. Zailani bin Mohamed Okhtat dari Pancaragam Pusat. [Maklumat lanjut...]
KOPERASI BUKA PEJABAT CAWANGAN BARU DI PORT DICKSON
16hb Januari 2007 - Berita baik untuk semua anggota Koperasi di persekitaran Negeri Sembilan, Koperasi Tentera telah membuka sebuah pejabat cawangan baru di No. 63, Jalan Mahajaya, P.D. Centre Point, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan yang telah mula beroperasi pada 15 Januari 2007 yang lalu. [Maklumat lanjut...]








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.