: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
23 APRIL 2012


Arkib Berita
2012| 2011 | 2010 | 2009 | 2008 | 2007 | 2006
 
KOPERASI TENTERA - AGENSI KORPORAT PERTAMA GREAT EASTERN TAKAFUL

25hb Oktober 2011 - KoperasiAngkatanTentera Malaysia (KATMB) hari ini telah dilantik sebagai agensi korporat Great Eastern Takaful SdnBhd (GETSB) yang pertama.Dalam majlis berkaitan, satu perjanjian persefahaman perlantikan telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif, KoperasiTentera YBhg Brig Jen (bersara) Dato' Ahmad Zahudibin Hj. Salleh dan mewakili Great Eastern Takaful, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohamad Salihuddin bin Ahmad.

[Maklumat lanjut...]
PENGUMUMAN CUTI PERAYAAN

25hb Ogos 2011 - Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan negara, Koperasi Tentera (KT) akan mula ditutup mulai 30 Ogos sehingga 04 September 2011. Sila ambil maklum, KT akan mula dibuka semula pada 05 September 2011.

Sehubungan itu juga, Anggota Lembaga Pengarah, Pengurusan dan semua warga Koperasi Tentera mengucapkan;

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
&
HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54
"1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"


PELANCARAN PEMBIAYAAN BAI INAH EKSPRES 2

08hb Ogos 2011 - Mulai 1 Ogos 2011, Koperasi Tentera melancarkan pembiayaan tunai tanpa borang permohonan sehingga RM 3,000.00 dan 36 bulan pembayaran dengan syarat gaji bersih melebihi 40%. Datang sendiri ke Koperasi Tentera dengan penyata gaji terkini asal dan kad pengenalan diri (MyTentera, MyKad atau BAT C10) untuk urusan permohonan.

[Maklumat lanjut...]
KEJAYAAN BERULANG: KT MUNCUL PEMENANG ANUGERAH KOPERASI CEMERLANG 2010/ 2011

09hb Julai 2011 - Lebih daripada 50 buah koperasi Malaysia menyaksikan kemeriahan Sambutan Hari Koperasi Negara yang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Medan Letak Kereta Istana Kehakiman Putrajaya, bermula 8-10 Julai 2011 yang lalu.

Hari Koperasi Negara 2011 dengan moto "Transformasi Koperasi Menjana Ekonomi Rakyat" telah dirasmikan pada 9 Julai 2011 oleh YAB Dato' Sri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia.

[Maklumat lanjut...]
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 46

26hb Mei 2011 - DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 46 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 26 Jun 2011, jam 9.00 pagi di Dewan Besar PERHEBAT, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor.

[Maklumat lanjut...]
PENCALONAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI UNTUK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 46

24hb March 2011 - Adalah diberitahu bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera yang ke 46 akan diadakan pada hari Ahad, 19 Jun 2011 atau lain-lain tarikh yang sesuai di tempat yang akan diberitahu melalui notis Mesyuarat Agung.

Pencalonan Anggota Lembaga dibuka pada tarikh notis ini dikeluarkan. Borang pencalonan hendaklah disampaikan kepada Ibu Pejabat Koperasi Tentera sebelum hari Selasa, 5 April 2011, jam 10.00 pagi. Tiada pencalonan akan diterima selepas masa tersebut.

[Maklumat lanjut...]
MAKLUMAN PERTUKARAN PENGURUSAN SKIM TAKAFUL HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN KOPERASI TENTERA DAN PENTADBIR MANFAAT KESIHATAN (THIRD PARTY AMINISTRATOR)

08hb Februari 2011 - Mulai 01 Februari 2011, nama "Skim Tentera Medicare" telah ditukar kepada "SKIM MEDIC KT" dan Semua urusan kemasukan ke hospital yang diuruskan oleh Syarikat Mediscreen Sdn Bhd akan diuruskan oleh Syarikat MEDIJARING SDN BHD, selaku ‘Third Party Administrator’ (TPA). Talian untuk urusan kemasukkan ke hospital adalah 1-300-88-6334.

Semua urusan permohonan untuk menyertai skim dan tuntutan atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Bahagian Insurans, KT di talian berikut: 03-4027 2677 / 680 / 785 / 786 /681 atau mana-mana Pejabat Cawangan Koperasi Tentera.

PEJABAT CAWANGAN JITRA
24hb Januari 2011 - Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Cawangan Jitra telah mula beroperasi pada 07hb Februari 2011.

  1. Alamat Pejabat

    KOPERASI TENTERA CAWANGAN JITRA
    No 46, Jalan Tok Jalai
    Kolej Heights Utara
    06000 Jitra
    Kedah

    Tel: 04-7141828 / 04-7141829 Faks: 04-7141835

[Maklumat lanjut...]




 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.