|
|
|
| |
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 42
|
|
18hb Jun 2006 - DENGAN INI ADALAH DIBERITAHU bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 42 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 24 Jun 2007, jam 7.00 pagi di Dewan Serbaguna, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor.
AGENDA
- Mendaftar dan memilih anggota Lembaga baru mengikut Peruntukan Undang-Undang Kecil.
- Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 41 yang diadakan pada
25 Jun 2006.
- Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan Beraudit bersama Pembahagian Keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006 serta dengan Laporan Lembaga Koperasi, Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman, Laporan Juruaudit Luar dan Pandangan Ketua Pendaftar berserta dividen tunai 12% atas yuran dan syer sepertimana dicadangkan oleh Lembaga dalam laporan mereka.
- Menimbang dan meluluskan saraan bagi tahun 2007 dan 2008 kepada anggota-anggota Lembaga Pengarah syarikat-syarikat subsidiari yang juga anggota-anggota Lembaga Koperasi menurut Sek 46 (2) Akta Koperasi 1993.
- Meluluskan Bajet bagi tahun 2008 termasuk perbelanjaan anggota-anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
- Mengumumkan keputusan pemilihan anggota-anggota Lembaga baru.
- Menimbang dan meluluskan tambahan dan pindaan kepada Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi.
- Melantik Juruaudit Luar.
- Melantik enam anggota Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)
- Menetapkan had maksima keterhutangan Koperasi sebanyak RM850 juta bagi tahun 2008 dengan kadar keuntungan bank/deposit tidak melebihi kadar pasaran semasa.
- Menimbang dan meluluskan skop pelaburan baru Koperasi bagi tahun 2008.
- Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang anggota Lembaga Koperasi untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
- Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa urusan lain Koperasi ini yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan.
bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 42 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 24 Jun 2007, jam 7.00 pagi di Dewan Serbaguna, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor.
24 Mei 2007
Dengan Perintah Lembaga
MEJAR (B) HJ ROMAIHA BIN HJ HASSAN
Setiausaha
|
|
|

|