: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
10 November 2008


Arkib Berita
 
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 42

2hb Jun 2008 - DENGAN INI ADALAH DIBERITAHU bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 43 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 29 Jun 2007, jam 7.00 pagi di Dewan Besar Perhebat, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor.

AGENDA

  1. Mendaftar dan memilih anggota Lembaga baru mengikut Peruntukan Undang-Undang Kecil.
  2. Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 42 yang diadakan pada 24 Jun 2007.
  3. Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan Beraudit bersama Pembahagian Keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 serta dengan Laporan Lembaga Koperasi, Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman, Laporan Juruaudit Luar dan Pandangan Ketua Pendaftar berserta dividen tunai 12.25% atas yuran dan syer sepertimana dicadangkan oleh Lembaga dalam laporan mereka.
  4. Menimbang dan meluluskan saraan bagi tahun 2009 kepada anggota-anggota Lembaga Pengarah syarikat-syarikat subsidiari yang juga anggota-anggota Lembaga Koperasi menurut Sek 46 (2) Akta Koperasi 1993.
  5. Meluluskan Bajet bagi tahun 2009 termasuk perbelanjaan anggota-anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
  6. Mengumumkan keputusan pemilihan anggota-anggota Lembaga baru.
  7. Menimbang dan meluluskan tambahan dan pindaan kepada Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi.
  8. Melantik Juruaudit Luar.
  9. Menetapkan had maksima keterhutangan Koperasi sebanyak RM1.5 bilion bagi tahun 2009 dengan kadar keuntungan bank tidak melebihi kadar pasaran semasa, termasuk had maksima keterhutangan baru sebanyak RM1.3 bilion bagi tahun 2008.
  10. Menimbang dan meluluskan skop pelaburan baru Koperasi bagi tahun 2009.
  11. Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang anggota Lembaga Koperasi untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
  12. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa urusan lain Koperasi ini yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan.
29 Mei 2008
Dengan Perintah Lembaga
WAN DERIS BIN WAN AHMAD PPA PPS
Setiausaha

NOTA :

  1. Menurut peruntukan 15 Undang-Undang Kecil Koperasi Tentera yang dibuat berdasarkan kepada Seksyen 28 Akta Koperasi 1993, anggota yang telah menjelaskan fee masuk dan yuran bulanan yang pertama yang bernilai sekurang-kurangnya Dua Puluh Ringgit (RM20.00) serta Satu Ratus Ringgit syer (RM100.00) pada atau sebelum 29 Mei 2008 boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota semasa Mesyuarat Agung Tahunan Ke 43 pada 29 Jun 2008.
  2. Anggota yang telah mendapat kelulusan berhenti daripada keanggotaan koperasi pada atau sebelum 29 Mei 2008 adalah tidak layak mengundi dan tiada hak dan tanggungjawab seperti di bawah peruntukan 15, Undang-Undang Kecil.
  3. Pendaftaran dan pengundian bagi memilih Anggota Lembaga akan bermula pada jam 7.00 pagi dan tamat jam 11.30 pagi atau pada suatu masa yang ditetapkan.
  4. Anggota dikehendaki membawa kad pengenalan/BAT C 10 semasa pendaftaran dan pengundian.
  5. Atas arahan Panglima Angkatan Tentera semua Anggota Tentera yang hadir pada Mesyuarat Agung Koperasi Tentera diwajibkan memakai pakaian kerja/No: 3.

PERLANTIKAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN

Menururt peruntukan Seksyen 42A. Akta Koperasi 1993 (Akta (503), Lembaga hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Audit Dalaman yang terdiri daripada tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada lima orang anggota yang dilantik dengan sewajarnya oleh Lembaga.

Oleh yang demikian, mulai Mesyuarat Agung Tahunan 2008, pemilihan tidak akan dilakukan di Mesyuarat Agung sebaliknya perlantikan dibuat oleh Lembaga selepas Mesyuarat Agung.



 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.