: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
03 APRIL 2014


Arkib Berita
 
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 42

24hb Jun 2006 - Lebih 130,000 anggota Koperasi Tentera (KT) akan menerima dividen sebanyak 12%. Pembayaran dividen ini akan melibatkan bayaran sebanyak RM 50.16 juta berbanding denganRM 37.5 juta pada tahun 2005.

Pengerusi Koperasi Tentera, Brig Jen (B) Dato' Saifuddin bin Hj Abd Ghani juga memaklumkan bahawa KT telah berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM 75.8 juta atau 27.4% lebih tinggi berbanding RM 59.5 juta pada tahun 2005. Beliau juga berkata, aset koperasi turut mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak RM 211.6 juta atau 24% menjadikan RM 1.093 billion berbanding RM 881.40 juta pada tahun sebelumnya. Menurut beliau lagi, KT telah berjaya meningkatkan pendapatan kendalian sebanyak 94.04 juta pada tahun 2006 berbanding RM 79.37 juta pada tahun 2005.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke 42 yang berlangsung di Kem Sungai Buloh, Selangor pada 24 jun 2007 yang lalu. Majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Sri Hj Ahmad Latffi bin Hashim, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua iaitu Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Abdul Aziz bin Hj Zainal Panglima Angkatan Tentera, dan Naib-Naib Yang Dipertua Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin Panglima Tentera Darat, Laksamana Tan Sri Ramlan bin Mohamed Ali Panglima Tentera Laut dan Lt Jen Dato' Bashir Bin Hj Abu Bakar Timbalan Panglima Tentera Udara mewakili Panglima Tentera Udara.

Pada majlis itu juga, YBhg Dato' Sri Hj Ahmad Latffi turut menyampaikan sumbangan-sumbangan dari KT seperti sumbangan skim insentif kecemerlangan untuk anak-anak anggota yang cemerlang dalam peperiksaan, sumbangan bakti perubatan dan bayaran pampasan skim insurans berkumpul.

Seramai lebih 19,000 anggota telah hadir pada hari tersebut. Empat orang Anggota Lembaga yang telah terpilih untuk berkhidmat bagi tempoh 2007-2010 ialah En Wan Deris bin Wan Ahmad, Lt Kol Mohd Rashid bin Abdul Razak, Lt Kol Hamisan bin Mian dan Mej (B) Hj Romaiha bin Hassan.

Wakil-wakil perkhidmatan yang telah terpilih untuk berkhidmat bagi tempoh 2007/2008 ialah Brig Jen Datuk Mat Yasin bin Mat Daud (Darat), Laksamana Muda Dato' Pahlawan Ir. Jasan Ahpandi bin Sulaiman (TLDM), Brig Jen Dato' Mohd bin Sulong TUDM (Udara) dan En Jamaluddin bin Masrin (Awam).

Jawatankuasa Audit Dalaman 2007/08 - Mej Md Shukri Bin Nayan, Mej Mohd Najib Bin Idris, PW II Rosikhan Bin Habib Beg, Sjn Zamri Bin Yaacob, PWII Mohamad, Khuzaini Bin Zainon, PWII Rosni Bt Hamzah @ Atan.








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.