|
|
|
| |
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 47
|
|
29 Mei 2012 - DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 47 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 24 Jun 2012, jam 9.00 pagi di Dewan Besar PERHEBAT, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor..
AGENDA
- Mendaftar dan memilih Anggota Lembaga baru mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil.
- Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang Anggota Lembaga Koperasi untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
- Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 46 yang telah diadakan pada 26 Jun 2011.
- Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan Beraudit bersama Pembahagian Keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 serta Laporan Lembaga Koperasi, Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman, Laporan Juruaudit Luar dan Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia berserta dividen tunai 13.5% atas yuran dan syer sepertimana dicadangkan oleh Lembaga dalam laporan mereka.
- Menimbang dan meluluskan saraan bagi tahun 2013 kepada Anggota Lembaga dan Lembaga Pengarah syarikat subsidiari yang juga Anggota Lembaga Koperasi menurut Seksyen 46 (2) Akta Koperasi 1993.
- Meluluskan Bajet bagi tahun 2013 termasuk perbelanjaan Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
- Mengumumkan keputusan pemilihan Anggota Lembaga baru.
- Menimbang dan meluluskan tambahan dan pindaan kepada Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi, jika ada.
- Melantik Juruaudit Luar.
- Menetapkan had maksima keterhutangan Koperasi sebanyak RM1.5 bilion bagi tahun 2013 dengan kadar keuntungan bank tidak melebihi kadar pasaran semasa.
- Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan baru Koperasi bagi tahun 2013.
- Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa usul atau urusan lain Koperasi yang suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan.
26 Mei 2011
Dengan Perintah Lembaga
TUAN HJ WAN DERIS BIN WAN AHMAD
BKT PMC PPS PPA
Setiausaha
|
|
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C
Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
|
NOTA:
- Kelayakan Menghadiri Mesyuarat Agung - Menurut Fasal 13 dan 16 Undang-
Undang Kecil Koperasi Tentera yang dibuat berdasarkan kepada Seksyen 50 (a) dan
Seksyen 28 Akta Koperasi 1993, anggota yang telah menjelaskan masuk dan yuran
bulanan pertama yang bernilai sekurang-kurangnya Tiga Puluh Ringgit (RM 30.00)
serta Satu Ratus Ringgit syer (RM100.00) pada atau sebelum 24 Mei 2012 boleh
melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota semasa
Mesyuarat Agung Tahunan Ke 47 pada 24 Jun 2012.
- Anggota Mohon Berhenti - Anggota yang telah mendapat kelulusan berhenti
daripada keanggotaan Koperasi pada atau sebelum 24 Mei 2012 adalah tidak layak
mengundi dan
- Pendaftaran dan Pengundian - Pendaftaran dan pengundian bagi memilih Anggota
Lembaga akan bermula pada jam 7.00 pagi dan tamat jam 11.30 pagi atau pada suatu
masa yang ditetapkan.
- MyTentera / MyKad - Anggota dikehendaki membawa My Tentera / MyKad semasa
pendaftaran dan pengundian.
- Pakaian Menghadiri Mesyuarat Agung - Anggota Tentera yang hadir pada Mesyuarat
Agung Koperasi Tentera diwajibkan memakai pakaian kerja/No:
- Perlantikan Jawatankuasa Audit Dalaman - Menurut peruntukan Seksyen 42A,
Akta Koperasi 1993 (Akta 502), pemilihan tidak akan dilakukan di Mesyuarat Agung
sebaliknya perlantikan dibuat oleh Lembaga selepas Mesyuarat Agung.
|
|
|

|