: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
03 DISEMBER 2014


Arkib Berita
 
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 46

26 Mei 2011 - DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 46 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 26 Jun 2011, jam 9.00 pagi di Dewan Besar PERHEBAT, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor.

AGENDA

  1. Mendaftar dan memilih Anggota Lembaga baru mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil.
  2. Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang Anggota Lembaga Koperasi untuk menentusahkan deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
  3. Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 45 yang telah diadakan pada 27 Jun 2010.
  4. Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan Beraudit bersama Pembahagian Keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 serta Laporan Lembaga Koperasi, Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman, Laporan Juruaudit Luar dan Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia berserta dividen tunai 13% atas yuran dan syer sepertimana dicadangkan oleh Lembaga dalam laporan mereka.
  5. Menimbang dan meluluskan saraan bagi tahun 2012 kepada Anggota Lembaga dan Lembaga Pengarah syarikat subsidiari yang juga Anggota Lembaga Koperasi menurut Seksyen 46 (2) Akta Koperasi 1993.
  6. Meluluskan Bajet bagi tahun 2012 termasuk perbelanjaan Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
  7. Mengumumkan keputusan pemilihan Anggota Lembaga baru.
  8. Menimbang dan meluluskan tambahan dan pindaan kepada Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi, jika ada.
  9. Melantik Juruaudit Luar.
  10. Menetapkan had maksima keterhutangan Koperasi sebanyak RM1.5 bilion bagi tahun 2012 dengan kadar keuntungan bank tidak melebihi kadar pasaran semasa.
  11. Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan baru Koperasi bagi tahun 2012.
  12. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa usul atau urusan lain Koperasi yang suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan.

26 Mei 2011
Dengan Perintah Lembaga
HJ WAN DERIS BIN WAN AHMAD
PMC PPS PPA
Setiausaha
  Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C
Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur

NOTA:

  1. Kelayakan Menghadiri Mesyuarat Agung - Menurut Fasal 13 dan 16 Undang-Undang Kecil Koperasi Tentera yang dibuat berdasarkan kepada Seksyen 50 (a) dan Seksyen 28 Akta Koperasi 1993, anggota yang telah menjelaskan fi masuk dan yuran bulanan pertama yang bernilai sekurang-kurangnya Tiga Puluh Ringgit (RM 30.00) serta Satu Ratus Ringgit (RM100.00) syer pada atau sebelum 26 Mei 2011 boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota semasa Mesyuarat Agung Tahunan Ke 46 pada 26 Jun 2011.
  2. Anggota Mohon Berhenti - Anggota yang telah mendapat kelulusan berhenti daripada keanggotaan Koperasi pada atau sebelum 26 Mei 2011 adalah tidak layak mengundi dan tiada hak dan tanggungjawab seperti di bawah Fasal 16, Undang-Undang Kecil.
  3. Pendaftaran dan Pengundian - Pendaftaran dan pengundian bagi memilih Anggota Lembaga akan bermula pada jam 7.00 pagi dan tamat jam 11.30 pagi atau pada suatu masa yang ditetapkan.
  4. MyTentera / MyKad - Anggota dikehendaki membawa My Tentera / MyKad semasa pendaftaran dan pengundian.
  5. Pakaian Menghadiri Mesyuarat Agung - Anggota Tentera yang hadir pada Mesyuarat Agung Koperasi Tentera di Kem Sg Buloh diwajibkan memakai pakaian kerja/No: 3.
  6. Perlantikan Jawatankuasa Audit Dalaman - Menurut peruntukan Seksyen 42A, Akta Koperasi 1993 (Akta 502), pemilihan tidak akan dilakukan di Mesyuarat Agung sebaliknya perlantikan dibuat oleh Lembaga selepas Mesyuarat Agung.








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.