: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
05 Januari 2009


Arkib Berita
 
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 41

30hb Mei 2006 - Lebih 125,000 anggota Koperasi Tentera (KT) akan menerima dividen sebanyak 10% dan bonus dividen sebanyak 2% menjadikan pulangan kepada anggota sebanyak 12%. Pembayaran dividen ini akan melibatkan bayaran sebanyak RM 37.5 juta berbanding denganRM 31.8 juta pada tahun 2004.

Pengerusi Koperasi Tentera, Brig Jen Dato' Ahmad Zahudi Bin Hj Salleh juga memaklumkan bahawa KT telah berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM 59.5 juta atau 59.52% lebih tinggi berbanding RM 37.3 juta pada tahun 2004. Beliau juga berkata, aset koperasi turut mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak RM 239.6 juta atau 37.3% menjadikan RM 881.40 juta berbanding RM 554.5 juta pada tahun sebelumnya. Menurut beliau lagi, KT telah berjaya meningkatkan pendapatan kendalian sebanyak 79.37 juta pada tahun 2005 berbanding RM 52.74 juta pada tahun 2004.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke 41 yang berlangsung di Kem Sungai Buloh, Selangor pada 25 Jun 2006 yang lalu. Majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini telah dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera iaitu Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Laksamana Tan Sri Ilyas Bin Hj Din Panglima Tentera Laut.

Pada majlis itu juga, Ybhg Tan Sri turut menyampaikan sumbangan-sumbangan dari KT seperti sumbangan skim Insentif Kecemerlangan untuk anak-anak anggota yang cemerlang dalam peperiksaan, Sumbangan Bakti Perubatan dan cenderahati kepada anggota terlama menjadi anggota di KT.



 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.