16hb Januari 2007 - Berita baik untuk semua anggota Koperasi di persekitaran Negeri Sembilan, Koperasi Tentera telah membuka sebuah pejabat cawangan baru di No. 63, Jalan Mahajaya, P.D. Centre Point, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan yang telah mula beroperasi pada 15 Januari 2007 yang lalu.
"Pejabat cawangan ini dikendalikan oleh seorang Pegawai terlatih dan tiga orang kerani.
Pembukaan pejabat cawangan baru ini membuktikan kesungguhan ALK dan pegurusan KT untuk memberikan perkhidmatan yang lebih selesa dan memuaskan kepada anggota, di samping dapat mempertingkatkan imej KT dalam usaha untuk merealisasikan visi mejadi "Koperasi Terunggul di Malaysia".
Semoga dengan pembukaan pejabat cawangan ini akan dapat memudahkan lagi urusan antara anggota dengan koperasi.