: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
28 OKTOBER 2014


Arkib Berita
 
CERAMAH DI MARKAS 3 BRIGED, KUCHING, SARAWAK

21hb Disember 2006 - KT telah dijemput untuk memberi ceramah di Markas 3 Briged, Kuching, Sarawak. Sesi ceramah telah diadakan di Dewan Bukavu, Kem Penrissen, Kuching, Sarawak. Kebanyakkan anggota yang hadir adalah terdiri daripada anggota dari pasukan-pasukan dibawah naungan Markas 3 Bgd. Jumlah kehadiran dianggarkan seramai 250 orang. Diantara pegawai kanan yang turut serta dalam sesi ceramah ini adalah Ketua Staf iaitu Lt Kol Abd Malik bin Jiran.

Ceramah kali ini telah memberi penumpuan khusus kepada Skim Insurans Takaful Berkelumpok ATM. Galakkan diberi untuk penambahan pegangan unit insurans serta perlindungan untuk isteri dan pekerja awam. Borang-borang pinjaman, Insurans Berkumpul, Medicare, Takaful II, borang tambahan yuran/simpanan, dan pertukaran waris juga diagihkan kepada pasukan.

Dalam sesi ini penceramah yang terlibat adalah Pengurus Insurans iaitu Kapt (B) Mohd Zamani bin Abdullah dibantu oleh Penolong Pengurus dari Pejabat Cawangan Kuching iaitu Kapt (B) Nojem ak Songgom.








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.