: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
23 Ogos 2010


Arkib Berita
 
CERAMAH DI 13 RAMD, KEM PAKIT, SRI AMAN

22hb Disember 2006 - KT telah dijemput untuk memberi ceramah yang telah diadakan di Batalion ke 13 RAMD, Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak. Dalam sesi ini penceramah yang terlibat adalah Pengurus Insurans iaitu Kapt (B) Mohd Zamani bin Abdullah dibantu oleh Penolong Pengurus dari Pejabat Cawangan Kuching iaitu Kapt (B) Nojem ak Songgom serta diiringi oleh Pegawai Staf 2 Tadbir dan Logistik iaitu Mej Hairani bin Zol dari Markas 3 Bgd.

Ceramah diadakan di dewan latihan dengan telah di hadiri oleh 200 orang anggota. Ceramah yang disampaikan kepada anggota-anggota pasukan ini merangkumi keahlian KT, kemudahan pembiayaan, produk-produk Insurans, produk-produk pengguna termasuk komputer dan lain-lain.

Pada hari yang sama terdapat juga anggota yang membuat penambahan pegangan unit insurans, permohonan menjadi ahli, pertukaran waris, permohonan kad Insurans Berkumpul, kad Medicare dan kad anggota yang baru kerana hilang dan rosak serta permohonan tambah yuran bulanan.

Terdapat juga anggota yang menyuarakan masalah seperti masalah jaminan terbengkalai, masalah potongan gaji, sijil insurans tidak diterima dan juga masalah tuntutan insurans. Kesemua masalah yang diterima telah pun diagihkan kepada bahagian yang terlibat untuk tindakan selanjutnya. Semua borang-borang permohonan yang diterima juga telah diagihkan kepada mereka yang bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya.





 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.