23hb Disember 2006 - KT telah dijemput untuk memberi ceramah di Batalion ke 11 RAMD. Ceramah bermula jam 9.30 pagi bertempat di dewan makan LLP. Pegawai Memerintah iaitu Lt Kol Abdullah bin Salleh serta lebih kurang 250 anggota dan pegawai turut hadir dalam sesi ini.
Penerangan tentang produk-produk dan perkhidmatan di KT telah disampaikan oleh Pengurus Insurans iaitu Kapt (B) Mohd Zamani bin Abdullah yang merangkumi keahlian KT, kemudahan pembiayaan, produk-produk Insurans, produk-produk pengguna termasuk komputer dan lain-lain. Turut hadir bagi menjayakan ceramah ini ialah Penolong Pengurus Pejabat Cawangan Kuching iaitu Kapt (B) Nojem ak Songgom.
Kebanyakkan soalan-soalan dan pertanyaan yang diajukan oleh anggota dan pegawai telah dijawab dalam masa yang sama. Diantara cadangan yang dibuat oleh anggota adalah pinjaman tanpa penjamin dan menaikkan had pinjaman ekpress dari RM3000 ke RM5000.