: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
05 Januari 2009


Arkib Berita
 
KOPERASI TENTERA MEMULAKAN PERKHIDMATAN TEKSI TERMINAL LAPANGAN TERBANG PENERBANGAN TAMBANG MURAH (LCCT)

8hb Mac 2006 - Koperasi Tentera (KT) telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk memulakan perkhidmatan teksi Terminal Lapangan Terbang Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Pada majlis penyampaian yang diadakan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Putrajaya pada 8 Mac 2006, YB Dato' Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menyerahkan 10 permit dan lesen teksi kepada wakil KT.

YB Dato' Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyerahkan lesen dan permit teksi kepada wakil KT

Dalam ucapan YB Menteri, beliau memberi maklum bahawa LCCT akan dibuka dengan rasminya pada 23 Mac 2006 dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dilantik secara khusus untuk mengendalikan operasi perkhidmatan teksi disana.

Secara dasarnya LCCT adalah lapangan terbang yang memberikan perkhidmatan kepada penumpang-penumpang yang menggunakan penerbangan tambang murah bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Menurut YB Menteri lagi keperluan teksi adalah sebanyak 600 teksi dan pada peringkat pertama sebanyak 400 teksi telah diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk diagihkan kepada koperasi-koperasi dan syarikat-syarikat perkhidmatan teksi diseluruh Malaysia.

Anggota-anggota yang berminat untuk menceburkan diri dalam perkhidmatan ini adalah digalakkan untuk menghubungi KT untuk mendapatkan maklumat lanjut.



 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.