: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
03 DISEMBER 2014


Arkib Berita
 
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 41

30hb Mei 2006 - DENGAN INI ADALAH DIBERITAHU bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 41 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 25 Jun 2006, jam 7.00 pagi di Dewan Besar Perhebat, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor.

AGENDA

  1. Mendaftar dan memilih anggota Lembaga baru mengikut Peruntukan Undang-Undang Kecil.
  2. Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 40 yang diadakan pada 05 Jun 2005.
  3. Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan Beraudit bersama Pembahagian Keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2005 serta dengan Laporan Lembaga Koperasi, Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman, Laporan Juruaudit Luar dan Pandangan Ketua Pendaftar beserta dividen tunai 10 % dan dividen bonus 2 % atas yuran dan syer sepertimana dicadangkan oleh Lembaga dalam laporan mereka.
  4. Menimbang dan meluluskan saraan bagi tahun 2006 kepada anggota-anggota Lembaga Pengarah syarikat-syarikat subsidiari yang juga anggota-anggota Lembaga Koperasi menurut Sek 46 (2) Akta Koperasi 1993.
  5. Meluluskan Bajet bagi tahun 2007 termasuk perbelanjaan anggota-anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
  6. Mengumumkan keputusan pemilihan anggota-anggota Lembaga baru.
  7. Menimbang dan meluluskan tambahan dan pindaan kepada undang-undang kecil dan aturan-aturan Koperasi.
  8. Melantik Juruaudit Luar.
  9. Melantik enam anggota Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
  10. Menetapkan had maksima keterhutangan Koperasi sebanyak RM830 juta bagi tahun 2007 dengan kadar keuntungan bank/deposit tidak melebihi kadar pasaran semasa.
  11. Menimbang dan meluluskan skop pelaburan baru Koperasi bagi tahun 2007.
  12. Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang anggota Lembaga Koperasi untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
  13. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa urusan lain Koperasi ini yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan.
25 Mei 2006
Dengan Perintah Lembaga
MEJAR (B) HJ ROMAIHA BIN HJ HASSAN
Setiausaha
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C
Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur


NOTA:

  1. Menurut peruntukan 15 Undang-Undang Kecil Koperasi Tentera yang dibuat berdasarkan kepada Seksyen 28 Akta Koperasi 1993, anggota yang telah menjelaskan fee masuk dan yuran bulanan yang pertama yang bernilai sekurang-kurangnya Dua Puluh Ringgit (RM20.00) serta Satu Ratus Ringgit syer (RM100.00) pada atau sebelum 25 Mei 2006 boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota semasa Mesyuarat Agung Tahunan Ke 41 pada 25 Jun 2006.
  2. Anggota yang telah mendapat kelulusan berhenti daripada keanggotaan koperasi pada atau sebelum 25 Mei 2006 adalah tidak layak mengundi dan tiada hak dan tanggungjawab seperti di bawah peruntukan 15, Undang-Undang Kecil.
  3. Pendaftaran dan pengundian bagi memilih Anggota Lembaga akan bermula pada jam 7.00 pagi dan tamat jam 11.30 pagi atau sehingga suatu masa yang ditetapkan.
  4. Anggota dikehendaki membawa kad keanggotaan semasa pendaftaran dan pengundian.
  5. Atas arahan Panglima Angkatan Tentera semua Anggota Tentera yang hadir pada Mesyuarat Agung Koperasi Tentera yang Ke 41 diwajibkan memakai pakaian kerja/No: 3.


PERLANTIKAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN

Pada Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 41 yang akan diadakan pada 25 Jun 2006, seramai enam orang anggota akan dipilih sebagai Jawatankuasa Audit Dalaman.

Lanjutan kepada keputusan Mesyuarat Agong Tahunan Yang Ke 35 pada 25 Jun 2000, anggota-anggota dipelawa mencadangkan calon-calon bagi jawatan tersebut.

Calon-calon bagi pemilihan jawatan ini dikehendaki mengisi borang pencalonan dan mengembalikannya beserta wang cagaran sebanyak RM50.00 pada atau sebelum 6 Jun 2006.

Borang serta syarat-syarat pencalonan boleh didapati daripada:-

KOPERASI TENTERA
Wisma Koperasi Tentera, No. 1, Jalan 2/65C,
Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur
(U/P: EKSEKUTIF PENTADBIRAN)








 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.