|
|
|
| |
MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM INSURANS BERKUMPUL KOPERASI TENTERA
|
|
30hb Ogos 2006 - Satu majlis penyampaian cek telah diadakan dirumah balu kepada juruterbang Hawk, Allahyarham Mejar Muhammad Rohaizan Ab. Rahman yang maut dalam nahas udara pada 31 Mei yang lalu.
Cek disampaikan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed di kediaman ibu bapa balu di Bukit Indah, Ampang, Selangor. Antara yang turut hadir ialah Asisten Ketua Staf Tadbir Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral Datuk Mohd. Sanusi Ahmad dan Pengurus Insurans Koperasi Tentera, Kapten (B) Mohd Zamani Abdullah.
|
|
|

|