|
|
|
| |
MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ATM OLEH KOPERASI TENTERA KEPADA PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS (PULPAK)
|
|
18hb Oktober 2006 - Koperasi Tentera telah dijemput untuk sama-sama hadir dalam satu majlis penyampaian cek bayaran pampasan Insurans Takaful Berkelompok ATM yang telah diadakan di Pusat Latihan Perperangan Khusus (PULPAK). Majlis ini diadakan khusus bagi menyampaikan cek-cek bayaran pampasan Insurans Takaful Berkelompok ATM kepada 2 orang anggota yang terkorban akibat pelanggaran payung terjun di kawasan latihan penerjunan di kampung Padang, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka pada 8 September 2006 yang lalu. Dua orang anggota yang terkorban adalah Allahyarham PW II Abdul Razak bin Awang dan Lkpl Roslan bin Ibrahim.
Pengurus Insurans Koperasi Tentera, Kapt (B) Mohd Zamani bin Abdullah telah menyampaikan cek bayaran pampasan ini kepada Komandan PULPAK iaitu Kol Che Hashim bin Ishak. Turut hadir di majlis penyampaian ialah wakil dari Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
|
|
|

|