: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
23 Ogos 2010


Arkib Berita
 
MAJLIS PENYERAHAN CEK TUNTUTAN KEMATIAN SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ATM


28hb Disember 2007 - Pengurus Insurans, Kapt (B) Mohd Zamani bin Abdullah bersama Pegawai Cawangan Melaka telah menyampaikan cek tuntutan kematian Skim Takaful Berkelompok ATM kepada 3 orang anggota Koperasi Tentera yang telah meninggal dunia semasa latihan penerjunan sempena pertunjukan Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2007) pada 02 Disember 2007 di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Anggota-anggota yang terlibat adalah seperti berikut :-

  1. Allahyarhamah 5005448 Pbt Siti Hajar bt Yakub ( Dari Bn Ke 8 RRD Para, Kem Terendak, Melaka )
  2. Allahyarhamah 5005436 Pbt Nurul Wahida bt Mohamad Yunus ( Dari Bn Ke 17 RAMD Para, Kem Terendak, Melaka )
  3. Mendiang 1133987 Pbt Raymond Anak Duncan ( Dari Skn Armor Para, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan )

Kesemua cek ini telah diserahkan kepada Panglima Markas 10 Briged Para iaitu Brig Jen Dato' Suhaimi bin Hj Mohd Zuki selaku Panglima Pasukan ketiga-tiga anggota yang terkorban. Majlis penyerahan cek-cek berkenaan telah disempurnakan semasa Majlis Pemakaian Beret Maroon Dan Sayap Berdarah di padang Markas 10 Briged Para dengan disaksikan oleh Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota dari keseluruhan Pasukan di bawah naungan Markas 10 Briged Para.





 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.