: Laman Utama : Soalan Lazim : Maklum Balas : Hubungi Kami :   
Video Korporat
Suara Koperasi
Pautan
Cuti Umum
Waktu Solat
Info Cuaca
 
Kemaskini Terakhir
Pada
23 Ogos 2010


Arkib Berita
 
KOPERASI TENTERA MENERIMA PENGURUS BESAR YANG BARU

01hb Okt 2006 - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad hari ini mengumumkan perlantikan Brig Jen (B) Dato' Ahmad Zahudi bin Hj Salleh, sebagai Pengurus Besar Koperasi Tentera berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Dato' Ahmad Zahudi mengambil alih daripada Tuan Hj Sharriffudin bin Ahmad Taff yang telah melengkapkan tempoh 21 tahun beliau sebagai Pengurus Besar KT pada 30 September 2006 yang lalu.

Satu nama yang tidak asing lagi dikalangan anggota Koperasi Tentera, Dato' Zahudi membawa bersama beliau pengalaman selama lebih 35 tahun dalam bidang pengurusan anggota selama berkhidmat sebagai Pengarah di bahagian Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) di Kementerian Pertahanan. Beliau telah berada dalam Anggota Lembaga Koperasi selama 14 tahun dan menjadi Pengerusi Koperasi selama lebih 8 tahun. Di bawah kepimpinan beliau sebagai Pengerusi Koperasi Tentera, Dato' Zahudi telah berjaya menaikkan nama Koperasi Tentera sehingga berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Koperasi Negara pada tahun 2005.

Dato' Zahudi memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara dan telah ditauliahkan sebagai Akauntan yang bertauliah pada tahun 1993 Dato' Zahudi juga telah mengikuti beberapa latihan ketenteraan di Senior Defence Management (Monterey), di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia dan Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia

Mengulas perlantikan Dato' Zahudi, Dato' Saifuddin bin Hj Abdul Ghani, Pengerusi Koperasi Tentera yang juga baru dilantik pada 1 Oktober 2006 berkata, "Marilah kita bersama-sama mengucapkan tahniah kepada Dato' Zahudi atas perlantikan beliau ini. Saya yakin beliau akan memperkukuhkan asas yang telah diletakkan oleh Hj. Sharriffudin Ahmad Taff sepanjang tempoh perkhidmatannya. Bagi pihak semua Anggota Lembaga dan warga kerja Koperasi Tentera, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kami kepada Hj. Sharriffudin atas sumbangan beliau kepada Koperasi Tentera. Hj. Sharriffudin sememangnya telah banyak memberikan sumbangan positif kepada Koperasi Tentera dan kami berharap semoga beliau berjaya di masa hadapan".





 Hakcipta Terpelihara@Koperasi Tentera
PENAFIAN : Koperasi Tentera tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.