15hb Ogos 2012 - SUMBANGAN HARI RAYA & ZAKAT SEMPENA SYAWAL 1433H
KUALA LUMPUR – Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan Zakat di Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH) telah diadakan pada 2 Ogos 2012 dan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Majlis turut dihadiri oleh YABhg Datin Seri Rosmah Mansor, YDP BAKTI, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan Pegawai-Pegawai Kanan ATM.
Koperasi Tentera telah menyumbangkan cek yang bernilai RM50,000 sebagai sumbangan Hari Raya kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera serta pembayaran Zakat yang berjumlah RM1,000,000 kepada Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia. Penyerahan cek telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Brig Jen Dato' Hj Ahmad Zahudi bin Salleh (B) kepada Menteri Pertahanan.