|
| Perkhidmatan > Pendidikan > Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi |
|
| |
|
Syarat-syarat dan Kelayakan
- Terbuka kepada anggota-anggota KT atau anak-anak anggota yang melanjutkan pengajian mereka secara sepenuh masa ke peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan/luar negeri
- mestilah telah menjadi anggota KT selama 3 tahun secara berterusan serta mempunyai yuran terkumpul tidak kurang dari RM1,000 untuk layak memohon bagi pihak anggota atau anak-anak anggota.
- Pusat Pengajian Tinggi tersebut mestilah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
- Kursus mestilah sepenuh masa atau separuh masa (Off Campus) semasa peringkat Ijazah/Diploma
- Anggota atau anak-anak anggota hanya layak menerima kemudahan skim ini sekali sahaja dalam tempoh keanggotaan KT
Kriteria Pemilihan
- SPM/MCE
- Tempoh keanggotaan
- Pendapatan anggota
- Tempoh kursus
- Jenis kursus
Jenis dan Had Pinjaman
- Pengajian Tempatan - RM14,000 keseluruhan
- Bayaran pinjaman hanya menanggung yuran pengajian sahaja
Peringkat Pembayaran
- Bayaran Pertama - Ketika kemasukan ke Pusat Pengajian
- Bayaran Penuh - Sebelum akhir tahun pertama
- Bayaran Seterusnya - setiap 6 bulan (tertakluk kepada keputusan peperiksaan)
- Pembayaran akan dibuat atas nama pusat pengajian tinggi (universiti).
Bayaran Balik Pinjaman
- Tempoh bayaran balik - 3 ke 10 tahun bermula selepas pinjaman tahun pertama dikeluarkan
- Bayaran balik beserta faedah akan dilakukan melalui potongan gaji anggota
Penjamin
- Ibu/bapa adalah peminjam bersama kepada anak (jika pinjaman dikeluarkan untuk anak)
- Penjamin Pertama & Kedua mestilah di kalangan anggota KT dan seorang Pegawai Tentera atau Pegawai Awam Divisyen 1 yang berpendapatan tidak kurang RM1,000 sebulan
- Umur penjamin tidak melebihi 45 tahun
- Penjamin tidak dibenarkan menjamin lebih dari seorang pemohon
Polisi Insurans
- Peminjam diwajibkan mengambil perlindungan insurans dengan KT di sepanjang tempoh bayaran balik pinjaman
- Bayaran premium insurans akan ditambah kepada jumlah pinjaman yang diluluskan
Faedah
|
|
|

|