Prestasi KT

Setelah 63 tahun membina jenamanya, Koperasi Tentera terus menjadi satu cabang pelaburan yang diyakini. Terkini, KT terus memantapkan asas yang telah dibina melalui satu program transformasi yang komprehensif. KT kini telah menjadi peneraju koperasi kredit di negara ini dengan anggota melebihi 156,000.

Koperasi Tentera atau KT ditubuhkan lebih enam dekad lalu untuk meningkatkan lagi status sosioekonomi dan kebajikan kakitangan ketenteraan.

Setakat 31 Disember 2022, kami telah berpeluang memberi perkhidmatan kepada 156,156 anggota yang terdiri daripada kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan awam yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan. Jumlah keseluruhan aset kami pada penghujung tahun 2022 ialah RM3.24 bilion dengan modal perkongsian dan yuran terkumpul yang disumbangkan oleh anggota berjumlah RM1.880 bilion.

Dalam jerih perih kami bekerja keras untuk memenuhi mandat sebagai usul pelaburan yang menarik untuk anggota dan pihak berpentingan kami, yakinlah bahawa kami akan memanfaatkan semua sumber kami untuk menghadapi cabaran dalam membina nilai yang sebenar dan berkekalan.

Prestasi Kewangan 2022

Meskipun berdepan dengan persekitaran operasi yang amat kompetitif dan mencabar, kami terus mengukuhkan portfolio aset kami dan memberi pulangan yang baik kepada anggota. Setakat 31 Disember 2022, kami telah mengembangkan aset di bawah seliaan kami kepada hampir RM3 bilion dan mengekalkan nisbah bayar balik dividen purata sebanyak 75% daripada pendapatan kami setiap tahun selama dua dekad lalu.

Prestasi Kewangan 25 Tahun
Keuntungan KT telah berkembang hampir 20 kali ganda dan membayar dividen berjumlah RM1.54 billion pada kadar purata 12% setahun.

Kejayaan kami bertitik tolak daripada kejayaan pelancaran inisiatif transformasi berfokus. Kami juga terus menerus dipandu oleh nilai integriti, ketekunan dan profesionalisme, manakala tadbir urus baik, budaya kerja berprestasi tinggi, kehebatan teknologi dan etika prestasi yang sihat memacu kami untuk terus maju ke hadapan.

Koperasi ini telah membuka sebanyak 23 cawangan untuk memberikan perkhidmatan kepada anggotanya di seluruh negara.

Klik sini untuk melihat senarai cawangan KT.

Pada hari ini, Koperasi Tentera telah berkembang secara beransur-ansur untuk memenuhi keperluan dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anggotanya dengan pembukaan sebanyak 23 cawangan, 2 kiosk dan 9 cawangan Ar-Rahnu di seluruh Malaysia.

Koperasi Tentera menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada anggotanya seperti produk kewangan patuh Syariah – peribadi dan ekspres, bayaran pembiayaan, pembiayaan Takaful; produk insurans – Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Takaful Perwira II, Skim Perubatan KT, Insurans Motor dan Ar-Rahnu (pembiayaan pajak gadai Islam).

Selain itu, Koperasi Tentera turut menyediakan bantuan kebajikan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh anggota. Bagi tujuan ini, Koperasi Tentera memperuntukkan RM2 juta untuk diagihkan kepada anggota dan keluarga mereka melalui beberapa skim dan sumbangan disediakan secara tahunan.

Koperasi Tentera juga turut terlibat dalam aktiviti pelaburan strategik terpilih dengan sasaran untuk menjana pendapatan pelaburan yang mapan dan pemeliharaan modal dengan mengambil kira risiko – pertimbangan manfaat. Pelaburan strategik utama kami ialah 48% ekuiti dalam Harper Wira Sdn Bhd (HWSB), sebuah agensi pengangkutan kargo melalui darat, udara dan air dan 30% ekuiti dalam Great Eastern Takaful Malaysia Berhad.

2022

2021

2020

2019

2018

2017

Prestasi KT

Sorotan Kewangan

Setelah 63 tahun membina jenamanya, Koperasi Tentera terus menjadi satu cabang pelaburan yang diyakini. Terkini, KT terus memantapkan asas yang telah dibina melalui satu program transformasi yang komprehensif. KT kini telah menjadi peneraju koperasi kredit di negara ini dengan anggota melebihi 156,000.

Koperasi Tentera atau KT ditubuhkan lebih lima dekad lalu untuk meningkatkan lagi status sosioekonomi dan kebajikan kakitangan ketenteraan.

Setakat 31 Disember 2022, kami telah berpeluang memberi perkhidmatan kepada 156,156 anggota yang terdiri daripada kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan awam yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan. Jumlah keseluruhan aset kami pada penghujung tahun 2022 ialah RM3.24 bilion dengan modal perkongsian dan yuran terkumpul yang disumbangkan oleh anggota berjumlah RM1.880 bilion.

Dalam jerih perih kami bekerja keras untuk memenuhi mandat sebagai usul pelaburan yang menarik untuk anggota dan pihak berpentingan kami, yakinlah bahawa kami akan memanfaatkan semua sumber kami untuk menghadapi cabaran dalam membina nilai yang sebenar dan berkekalan.

Prestasi Kewangan 2022

Penciptaan Nilai Yang Baik

Meskipun berdepan dengan persekitaran operasi yang amat kompetitif dan mencabar, kami terus mengukuhkan portfolio aset kami dan memberi pulangan yang baik kepada anggota. Setakat 31 Disember 2022, kami telah mengembangkan aset di bawah seliaan kami kepada hampir RM3 bilion dan mengekalkan nisbah bayar balik dividen purata sebanyak 75% daripada pendapatan kami setiap tahun selama dua dekad lalu.

Prestasi Kewangan 25 Tahun
Keuntungan KT telah berkembang hampir 20 kali ganda dan membayar dividen berjumlah RM1.54 billion pada kadar purata 12% setahun.

Kejayaan kami bertitik tolak daripada kejayaan pelancaran inisiatif transformasi berfokus. Kami juga terus menerus dipandu oleh nilai integriti, ketekunan dan profesionalisme, manakala tadbir urus baik, budaya kerja berprestasi tinggi, kehebatan teknologi dan etika prestasi yang sihat memacu kami untuk terus maju ke hadapan.

Koperasi ini telah membuka sebanyak 23 cawangan untuk memberikan perkhidmatan kepada anggotanya di seluruh negara.

Klik sini untuk melihat senarai cawangan KT.

Pada hari ini, Koperasi Tentera telah berkembang secara beransur-ansur untuk memenuhi keperluan dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anggotanya dengan pembukaan sebanyak 23 cawangan, 2 kiosk dan 9 cawangan Ar-Rahnu di seluruh Malaysia.

Koperasi Tentera menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada anggotanya seperti produk kewangan patuh Syariah – peribadi dan ekspres, bayaran pembiayaan, pembiayaan Takaful; produk insurans – Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Takaful Perwira II, Skim Perubatan KT, Insurans Motor dan Ar-Rahnu (pembiayaan pajak gadai Islam).

Selain itu, Koperasi Tentera turut menyediakan bantuan kebajikan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh anggota. Bagi tujuan ini, Koperasi Tentera memperuntukkan RM2 juta untuk diagihkan kepada anggota dan keluarga mereka melalui beberapa skim dan sumbangan disediakan secara tahunan.

Koperasi Tentera juga turut terlibat dalam aktiviti pelaburan strategik terpilih dengan sasaran untuk menjana pendapatan pelaburan yang mapan dan pemeliharaan modal dengan mengambil kira risiko – pertimbangan manfaat. Pelaburan strategik utama kami ialah 48% ekuiti dalam Harper Wira Sdn Bhd (HWSB), sebuah agensi pengangkutan kargo melalui darat, udara dan air dan 30% ekuiti dalam Great Eastern Takaful Malaysia Berhad.

Laporan Tahunan

2022

2021

2020

2019

2018

2017