Wakil Koperasi Tentera (KT) telah melawat keluarga Allahyarham Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan di kediaman keluarga beliau di kem KEMENTAH, Kuala Lumpur pada Khamis, 2 Ogos 2018. Allahyarham telah menjadi anggota KT selama 36 tahun semenjak tahun 1982 sehingga meninggal dunia pada 14 Julai 2018 yang lalu akibat kanser kolon.
Lawatan tersebut bertujuan untuk menyampaikan ucapan takziah serta menyerahkan wang khairat, baki wang simpanan dan yuran Allahyarham di KT. Ucapan takziah dan penghargaan telah disampaikan oleh Anggota Lembaga Koperasi iaitu YBhg Laksamana Muda Dato’ Azhari bin Abdul Rashid serta isteri dan disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut yang baharu, Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany dan isteri serta wakil pengurusan Koperasi Tentera.