Koperasi Tentera (KT) telah menerima lawatan kerja daripada YBhg Datuk Nordin bin Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Lawatan kerja ini merupakan lawatan beliau yang pertama kali ke KT setelah dilantik menjadi Pengerusi Eksekutif SKM yang baharu pada 1 Disember 2018 yang lalu.
Turut hadir pada lawatan ini adalah Tn Hj Zazali bin Harun, Naib Pengerusi Eksekutif Pengurusan SKM; En Zainol Abidin bin Ab Manaf, Pengarah Hal Ehwal Korporat Antarabangsa SKM; Pn Zuhaini binti Romli, Ketua Penolong Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan dan beberapa pegawai SKM yang lain.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT; Anggota Lembaga Koperasi; YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT dan tim pengurusan KT.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh YBhg Dato’ Pengerusi serta tayangan video korporat; taklimat mengenai Koperasi Tentera yang telah disampaikan oleh YBhg Dato’ KPE serta ucapan penutup daripada YBhg Datuk Pengerusi Eksekutif SKM. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati.