MAJLIS PENYERAHAN CEK PAMPASAN TUNTUTAN KEMATIAN SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (STBATM)

Koperasi Tentera (KT) telah menziarahi keluarga Allahyarham Laksdya Datuk Anuwi Hassan di Kem KEMENTAH, Kuala Lumpur bagi menyampaikan cek pampasan Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (STBATM).

Cek pampasan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, YBhg Laksdya Datuk Khairul Anuar bin Yahya kepada balu Allahyarham, Datin Adida binti Abdul Aziz dan disaksikan oleh isteri Panglima Tentera Laut, Datin Maslina binti Ismail; Anggota Lembaga Koperasi, YBhg Laksda Dato’ Azhari bin Abdul Rashid dan Ketua Pegawai Eksekutif KT, YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Salleh. Turut hadir, Pemangku AKS Pentadbiran, Kept Sahak bin Omar TLDM; Pegawai Memerintah KD Sri Gombak, Kdr Mohd Kamaruddin bin K. Asnar TLDM dan Pengurus Unit Insurans, Pn Roselinda Abdul Latiff.

Allahyarham Laksdya Datuk Anuwi Hassan telah menjadi anggota KT selama 36 tahun semenjak tahun 1982 sehingga meninggal dunia pada 14 Julai 2018 yang lalu akibat kanser kolon.

Sementara itu, majlis turut menyaksikan pemberian sumbangan kepada 5 buah masjid/surau yang berdekatan sekitar Port Dickson iaitu Masjid Jamek, Masjid Depoh Askar Melayu PUSASDA, Masjid Kariah Kem Segenting, Surau Al Hidayah Institut Kejuruteraan Tentera Darat, Kem Si Rusa dan Surau Al Falah Rkat Ilmi.

Administrator November 18, 2018
Share this post