KOPERASI TENTERA RAIH ANUGERAH BERPRESTIJ ASIAN BANKER AWARDS 2019

Koperasi Tentera (KT) telah mencatat sejarah baharu apabila menjadi koperasi pertama di Malaysia yang berjaya memenangi Anugerah Malaysia Awards 2019 Financial Technology Innovation Awards bagi kategori Best Core Banking Initiative, Application or Programme (Credit Co-operative Institution) anjuran The Asian Banker (TAB).

YBhg Pengerusi KT, Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (Bersara) diiringi oleh YBhg Ketua Pegawai Eksekutif KT, Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara) menerima anugerah tersebut daripada Pengarah Sumber Antarabangsa TAB, Richard Hartung dan Bekas Ketua Wilayah Perbankan Pelanggan/SME Asia Tenggara, Standard Chartered Bank, Wilson Chia bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Kemenangan ini merupakan hasil perancangan teliti dan terperinci yang telah dimulakan sejak tahun 2013. Pelan transformasi yang komprehensif ini mendapat suntikan idea dalam bidang teknologi kewangan dan kerjasama penuh daripada syarikat perkhidmatan IT terkemuka dunia, iaitu Tata Consultancy Services (TCS) Ltd.

Kejayaan ini juga didorong oleh semangat warga KT yang komited dalam melaksanakan transformasi digital termasuklah pelaksanaan sistem perbankan teras, TCS BaNCS dan Perkhidmatan Perbankan Atas Talian & Aplikasi Perbankan Mudah Alih (IBMB) atau lebih dikenali sebagai KT Online.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 17 anugerah telah dipertandingkan. Antara pemain industri perbankan terkemuka negara yang turut menerima anugerah ialah Maybank, AmBank, CIMB Bank, Hong Leong Bank, RHB Bank dan Alliance Bank yang memenangi kategori masing-masing.

Administrator November 13, 2019
Share this post