Koperasi Tentera (KT) telah menerima lawatan kerja daripada Unit Pembangunan Koperasi, Kementerian Tenaga & Perindustrian, Brunei Darussalam. Lawatan kerja ini telah diwakili oleh YM Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Timbalan Setiausaha Tetap bersama Puan Norhazamiah binti Hamid, Pegawai Kemajuan Koperasi, dan YM Awang Irwan bin Haji Mohd. Jamaluddin dari Unit Pembangunan Koperasi, Kementerian Tenaga & Perindustrian, Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah wakil daripada Suruhajaya Koperasi Malaysia yang telah mengatur perjumpaan dan lawatan ini. Objektif lawatan kerja ini adalah untuk mendapatkan pendedahan berhubung pengurusan operasi KT serta berkongsi pengalaman, cabaran dan kejayaan disamping mengeratkan lagi hubungan antara koperasi-koperasi utama di Malaysia dan Brunei . Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT dan tim pengurusan KT.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh YBhg Dato’ KPE serta tayangan video korporat; taklimat mengenai KT yang telah disampaikan oleh YBhg Dato’ KPE serta lawatan ke Galeri Transformasi KT. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati.