Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengadakan satu Program Countdown 100 Tahun Hala Tuju Koperasi Peringkat Nasional bertempat di Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Selangor.
Acara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Redzuan Yusoff, Menteri Pembangunan Usahawan dan Datuk Nordin Salleh, Pengerusi Eksekutif SKM serta anggaran seramai 20 ribu koperator seluruh Malaysia.
Dalam majlis perasmian ini, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Kerangka Dasar Koperasi Negara, Indeks Gerakan Koperasi Malaysia 2018 dan Profil 100 Koperasi Terbaik 2019.
Naib Pengerusi KT, Kol Hamidi Achin dan 3 orang wakil Anggota Lembaga Koperasi (ALK) hadir bersama wakil dari tim Pengurusan ke majlis berkenaan. KT juga turut menghantar 40 orang staff dan 40 orang anggota dari Kem Paya Jaras untuk memenuhi jemputan daripada pihak SKM.
Pihak penganjur turut menyediakan satu kawasan khas untuk koperasi-koperasi membuka booth dan gerai jualan bagi memasarkan produk masing-masing. Booth KT menawarkan cucian emas secara percuma kepada semua pengunjung yang hadir bagi mempromosikan produk Ar-RahnuKT. Selain itu, produk terbaharu KT pada tahun ini iaitu SME KT, turut mengambil bahagian membuat aktiviti pemasaran di booth yang sama.
Program sebegini merupakan satu platform terbaik yang perlu digunakan oleh semua koperasi di Malaysia untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa gerakan koperasi ini akan terus kekal relevan dari dulu hingga kini dan selamanya.Kembali