PROGRAM SESI PENGENALAN SME KT 2019

Koperasi Tentera (KT) telah menganjurkan satu program sesi pengenalan bagi memberi penerangan dan pendedahan lanjut berkenaan produk SME KT yang ditawarkan oleh KT kepada 60 buah koperasi di Malaysia.

Sesi pengenalan ini memberi peluang kepada koperasi-koperasi yang hadir untuk berkongsi dan bertanya dengan lebih terbuka berkenaan produk serta lain-lain pertanyaan melalui sesi soal jawab bersama wakil produk dan YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi, Ketua Pegawai Eksekutif KT. Turut serta memberikan penerangan tentang pengurusan saluran dan platform perbankan maya KT ialah En. Mohamad Khairul Anwar, Ketua Pengurusan Saluran, Perbankan Digital & Fintech.

Antara kelebihan produk SME KT yang telah disampaikan kepada semua peserta adalah maklumat terperinci tentang terma dan syarat-syarat pembiayaan, proses untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan/koperasi dan dalam masa yang sama dapat meluaskan rangkaian perniagaan serta mendapatkan nasihat dan tips menguruskan kewangan.

Semoga melalui perkongsian ilmu seperti ini akan dapat memberi maklumat yang jelas tentang produk baharu SME KT serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua koperator-koperator di Malaysia.

Administrator November 14, 2019
Share this post