SIMPOSIUM CABARAN GERAKAN KOPERASI ERA GLOBALISASI – TAHNIAH KT TEMPAT KE-2 PROFIL 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2019

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menganjurkan Simposium Cabaran Gerakan Koperasi Era Globalisasi anjuran di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Pada majlis ini SKM turut melancarkan Pelancaran Profil 100 Koperasi Terbaik 2019 dan Indeks Gerakan Koperasi (IGKM).

Tetamu kehormat pada majlis ini ialah YABhg. Tun Dr. Daim bin Zainuddin, Mantan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan diiringi oleh YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Datuk Nordin Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Simposium ini telah membuka peluang kepada semua koperator-koperator yang hadir untuk bersoal jawab secara dekat bersama YABhg Tun Daim melalui sesi Dialog Cabaran Gerakan Koperasi Nasional.

YABhg Tun Daim telah melancarkan Indeks Gerakan Koperasi Malaysia (IGKM) dan menyampaikan hadiah kepada 10 koperasi terbaik di Malaysia. Tahniah kepada Koperasi Tentera (KT) kerana telah berjaya melonjak naik ke tempat ke-2 dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia. Semoga dengan adanya simposium seperti ini dapat membuka ruang dan peluang bagi koperator-koperator untuk bertukar pendapat serta meluaskan jaringan silaturrahim.

Kembali

Administrator November 20, 2019
Share this post