KOPERASI TENTERA METRAI URUS NIAGA DENGAN MyMy

Koperasi Tentera (KT) telah menandatangani perjanjian dengan MyMy Holdings Pty Ltd yang merupakan sebuah syarikat fintech di Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, KT merancang untuk memperkenalkan beberapa perkhidmatan kewangan digital baharu kepada anggota-anggota KT dan keluarga mereka dalam tempoh dua belas bulan akan datang. Ini termasuk mendigitalisasikan pembayaran dividen (bagi menggantikan cek), menyediakan akaun digital dan e-dompet. KT juga merancang untuk menawarkan penyelesaian mata wang pelbagai negara kepada anggota-anggota yang melancong ke luar Malaysia, pasca COVID19.

Perjanjian itu telah dimeterai oleh YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif dan Joe McGuire, Pengasas Bersama MyMy. Turut menyaksikan perjanjian ini adalah YBhg Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan, Pengerusi KT; En Mohd Ghazali bin Abbas, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif; YM Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin bin Tunku Datuk Seri Adnan, Pengerusi MyMy dan Kishore Samuel, Pengasas Bersama MyMy.

Turut hadir, Kol Ts Hamidi bin Achin, Naib Pengerusi KT; En Mustapha bin A Jalil, Setiausaha Kehormat; Lt Kol Hj Abdul Halim bin Mohd Noor, Bendahari; En Mohd Ghazali bin Abbas, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan En Mohamad Khairul Anuar bin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi.

Administrator November 11, 2020
Share this post