Koperasi Tentera (KT) telah menerima kunjungan khas daripada Pengerusi Kolej iCOOP bagi membincangkan mengenai pembangunan modal insan khususnya dalam gerakan koperasi. YBhg Dato’ Dr Samsu Adabi bin Hj Mamat, Pengerusi MKMGH Edu Sdn Bhd (Kolej iCOOP) yang juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKM) telah mengetuai kunjungan ini bersama barisan pengurusan Kolej iCoop, YBhg Prof Madya Roslan bin Ali, Ketua Eksekutif Kolej iCOOP, YBrs Tn Hj Zainalabidin Sebli bin Hambali, Timbalan Ketua Eksekutif Kolej iCOOP dan YBrs Puan Solehah binti Senawi, Eksekutif Kanan Penjanaan Kolej iCOOP.
Tetamu yang hadir telah diberi taklimat mengenai prestasi dan perkembangan terkini KT oleh YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif. YBhg Dato’ KPE turut membawa tetamu ke Galeri Transformasi KT untuk berkongsi dengan lebih terperinci mengenai perjalanan transformasi KT. Turut hadir, En Mohd Ghazali Abbas, Pemangku Ketua Pegawai Operasi.
Diharapkan melalui pertemuan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan dan membuka peluang kepada KT dalam penglibatan pembangunan modal insan bersama Kolej iCOOP pada masa akan datang.