Koperasi Tentera (KT) telah menerima lawatan kerja daripada Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) yang hadir untuk menimba pengalaman dan berkongsi mengenai perkembangan terkini dalam sektor koperasi. En Aminuddin bin Hj Amenon, Ketua Pegawai Eksekutif KPDRM telah mengetuai lawatan bersama barisan pengurusan KPDRM, Pn Nazarhanim binti Mohamad Razak, Ketua Bahagian Kewangan; En Aidzri Imran bin Ibrahim, Ketua Cawangan Perundangan dan Pn Munirah binti Sheriff, Ketua Cawangan Komunikasi Korporat.
Lawatan kerja ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg Mej Jen Dato’ Zulkiflee Bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT dan diteruskan dengan taklimat prestasi dan perkembangan terkini KT oleh YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi Bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT. Selain itu, tetamu juga turut diberikan taklimat mengenai aplikasi atas talian iaitu KT Online yang telah disampaikan oleh En Mohamad Khairul Anuar Bin Mohamed, Ketua Pengurusan Saluran, Perbankan Digital & FINTECH.
YBhg Dato’ KPE turut membawa tetamu ke Galeri Transformasi KT untuk berkongsi dengan lebih terperinci mengenai perjalanan transformasi KT sepanjuang tahun 2013-2017. Turut hadir, En Mohd Ghazali Bin Abbas, Pemangku Ketua Pegawai Operasi dan Pn Nurshahilla Binti Ahmad, Ketua Sekretariat dan Perundangan.
Lawatan kerja ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan Koperasi Tentera dan Koperasi Polis sekaligus membantu gerakan koperasi untuk terus berkembang maju di masa hadapan.