LAWATAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE KOPERASI TENTERA

Buat julung kalinya Koperasi Tentera (KT) telah menerima lawatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lawatan ini telah dihadiri oleh Pn. TPj Razaliah binti AB Rahman, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tn. Razali bin Kamis, Timbalan Pengarah Pencegahan, Tn. Muhamad Sufian bin Shafie, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat dan En. M. Suganthan a/l Muniandy, Unit Pendidikan Masyarakat.

Lawatan ini membuka peluang kepada KT dan SPRM untuk menjalinkan hubungan dua hala serta bekerjasama di masa akan datang dalam penganjuran Program Integriti dan Anti- Rasuah dan mendapatkan khidmat nasihat daripada SPRM bagi penambahbaikan Polisi dan Standard Operating Procedure (SOP) KT.

Lawatan ini dimulakan pada jam 11 pagi dengan ucapan aluan dan taklimat mengenai pelan operasi KT yang telah disampaikan oleh YBhg Dato’ KPE. Tetamu yang hadir juga telah dibawa ke Galeri Transformasi KT untuk penerangan berkaitan perjalanan transformasi KT sepanjang tahun 2013 – 2017.

Turut hadir adalah En. Mohd. Ghazali Abbas, Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Pn. Suhanadzatul Nadzreen Ismail, Ketua Sumber Manusia dan barisan pengurusan KT.

Administrator November 15, 2020
Share this post