MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA KT dan KUIMB

Koperasi Tentera (KT) dan Koperasi Usahawan India Malaysia Berhad (KUIMB) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mewujudkan kerjasama dan hubungan dua hala untuk membantu pembangunan usahawan India di Malaysia.

MoU ini telah ditandatangani oleh YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT dan En Mathuraiveran Marimuthu, Pengerusi KUIMB. Pemeteraian MoU ini telah disaksikan oleh Kol Hamidi bin Achin, Naib Pengerusi KT dan En Mustapha bin A Jalil, Setiausaha Kehormat KT serta En S. Ahlaimuniandy, Penasihat Kehormat KUIMB. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah YBhg Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT dan En Mohd Ghazali bin Abbas, Ketua Pegawai Operasi KT.

Jalinan kerjasama ini bertujuan untuk menggabungkan inovasi KT dan KUIMB dalam mewujudkan inisiatif yang dapat memacu bidang keusahawanan dalam kalangan komuniti India Malaysia, sekaligus dapat membantu sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam menilai dan membiayai inisiatif tersebut.

Administrator November 9, 2020
Share this post