Koperasi Tentera (KT) telah menyampaikan dua (2) cek pampasan Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (STBATM) di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang.
Pada majlis tersebut Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT bersama Kol Nubli bin Hj Hashim, Komandan PULPAK telah menyampaikan cek pampasan STBATM kepada waris-waris Allahyarham Lt Kol Shaiful Hisham bin Hj Mahat (Bersara) dan Allahyarham Kpl Abd Jalil bin Abd Rahim. Turut hadir, En Shahrul Azlan bin Shahriman, Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern dan Pengurusan Kanan KT.
KT berharap semua anggota menjalankan tanggungjawab dengan mengemas kini maklumat waris/ hibah dalam memastikan tiada kesulitan dihadapi pada masa akan datang.