KOPERASI TENTERA BERJAYA ANJURKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-55 SECARA MAYA

Buat julung kalinya, Koperasi Tentera (KT) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan KT Ke-55 dan Pengundian Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi secara maya. Langkah ini diambil untuk memastikan bahawa KT sentiasa dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada majlis berkenaan, YBhg Mej Jen Dato’ Zulkiflee Bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT telah mengumumkan pulangan dividen sebanyak 7.5 peratus (4% dividen dan 3.5% bonus) yang berjumlah RM124 juta kepada 158,243 anggotanya. KT telah mencatatkan prestasi yang positif walaupun terpaksa mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Selain itu, pengundian Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi juga yang diadakan secara maya telah berlangsung bermula jam 00.01 pagi sehingga 11.30 pagi dengan jumlah penyertaan sebanyak 94,000 anggota dari seluruh negara. Empat orang anggota lembaga telah dipilih untuk menerajui kerusi Anggota Lembaga Koperasi bagi sesi 2021/2024.

Turut hadir ialah Anggota Lembaga KT dan YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Haji Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif KT serta barisan pengurusan KT yang terlibat.

Administrator November 18, 2021
Share this post