KUNJUNGAN HORMAT DESATERA SDN BHD

Koperasi Tentera (KT) telah menerima kunjungan hormat daripada Desatera Sdn Bhd yang diketuai oleh YBhg Dato’ Seri Hj Ibrahim bin Hj Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brahim’s-Dewina bersama YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed (Bersara), Pengerusi Desatera, YBhg Dato’ Basrun bin Hussain, Lembaga Pengarah Desatera dan YBhg Dato’ Paduka Feizal Nor bin Nurbi, Ketua Pegawai Eksekutif Desatera.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk bersuai kenal dengan CEO baharu KT di samping mengukuhkan lagi silaturrahim serta turut berkongsi maklumat dan perkembangan terkini antara KT dan Desatera. Syarikat Desatera Sdn Bhd merupakan antara anak syarikat KT yang aktif dalam menjalankan perniagaan katering di rumah masak kem-kem tentera di Malaysia.

Turut hadir, YBhg Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT dan En Mohd Ghazali bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif KT serta barisan pengurusan kanan KT.

Administrator November 16, 2021
Share this post